Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Selamat Datang

Search@Dakwah

Custom Search

Bicara Hikmah Dari Pena Penulis

Assalamualaikum w.b.t

Salam Ukhuwah dan Salam Kasih Sayang Buat Semua…


SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN.

Sekian, Salam Ukhuwah

Tuesday, August 10, 2010

TOK JANGGUT

TOK JANGGUT


Biografi ringkas

Nama Sebenar: HAJI MAT HASSAN BIN PANGLIMA MUNAS
Nama gelaran : TOK JANGGUT

Tarikh lahir : 1850

Tempat lahir : Kampong Saring, mukin jeram, Pasir puteh, kelantan


TOK JANGGUT atau HAJI MAT HASSAN BIN PANGLIMA MUNAS dilahirkan pada Tahun 1850 di kampong saring, mukin jeram, Pasir puteh, kelantan. Beliau dibesarkan di Istana jeram kerana ayahandanya berkhimat Panglima kepada tengku seri maharaja jeram. Berpendidikan agama dan pernah berguru dengan Tuan guru syeikh ahmad al-fatani di mekah pada Tahun 1327 H.Ekoran campurtangan british di Kelantan pada tahun 1909, TOK JANGGUT, dengan Sokongan ungku besar ahmad, cicit pada long gapar, Pengasas kerajaan kelantan,telah melancarkan gerakan Anti-hasil. Apabila perang meletus antara kerajaan Turki uthmaniah dengan Britain dan bersesuaian dengan Fatwa jihad yang dikeluarkan oleh mufti besar kerajaan Turki uthmaniah pada 11 November 1914, TOK JANGGUT Mengankat senjata menentang british. Pada 29 april 1915 TOK JANGGUT menyerang Bandar pasir puteh dalam Pertenpuran dengan angota pasukan malay state guides Pada 24 mei 1915 dikampong dalam pupuh, TOK JANGGUT Telah gugur syahid bersama dengan TOK ABAS dan TOK HUSSIN. Mayat TOK JANGGUT telah dibawa ke Kota bharu, diarak dan digantung sonsang selama empat jam Di padang bank sebelum dikebumikan di kampung pasir Pekan.

Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Tok Janggut dikatakan ada pertalian dengan Sultan Muhammad IV dimana bonda baginda diriwayatkan adalah adik beradik ayah atau ibu Tok Janggut. Ada riwayat mennyatakan bahawa beliau adalah anak murid Tok Ku Paloh. Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1990, pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukai seperti berikut:

  • cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun
  • cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun
  • Kelapa sebanyak 3 sen setandan
  • Sireh sebanyak 5 sen sejunjung.

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Paris Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yang berasal daripada luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal pengutipancukai.

Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915 Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh.

Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu . Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915 . Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.

Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pekan Pasir.

Perjuagan Tok Janggut ini juga sebenarnya adalah datangnya dari semangat pahlawan-pahlawan Pahang iaitu Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman serta pengikut-pengikutnya. Ke semua pejuang-pejuang Pahang ini bersembunyi ke Terengganu, Kelantan dan Siam apabila pada ketika itu British telah mempengaruhi Kerajaan Pahang agar memusuhi mereka. Kerana tidak mahu bertempur dengan bangsa sendiri dan tidak mahu menderhaka kepada Sultan, akhirnya mereka melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan seterusnya Siam.


Rujukan

  • Cheah Boon Kheng (2006). To' Janggut (Old Long Beard) - Legends, Histories and Perceptions of the 1915 Rebellion in Kelantan, Singapore University Press. ISBN 967169316X
  • Laman web Perpustakaan Negara

Monday, August 9, 2010

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAQ



TOK KENALI

TOK KENALI


Nama Sebenar: MUHAMMAD YUSUF AHMAD
Nama gelaran : Tok Kenali
Tarikh lahir : 1868
Tempat lahir: Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kelantan
Pendidikan: Sekolah Rendah Kubang Kerian, KB dan Mekah

Guru guru di Kelantan: Tuan Guru Haji Ibrahim, Tuan Haji Abdul Samad Mohd Shalih, Tuan Haji Wan Ismail Wan Senik, En. Ismail Mahmud, Haji Ibrahim Yusuf, Haji Yaakob Abdul Halim, Haji Abbas, Datuk Haji Abdul Malik Musa, Haji Awang, Haji Nik Daud.

Guru guru di Mekah: As Syeikh Hasbullah, As Syeikh Ubaid, As Syeikh Muhammad Amin, As Syeikh As Sayyid Bakri, As Syeikh Muhammad Yusof al- Khayaat, As Sayyid Abdullah As Sayyid Muhammad, Ahmad Muhammad Zain Mushtafa al Fatani

Pekerjaan: Kerani (Kelantan), tukang masak (Mekah), pengarang majalah PENGASUH

Karya: Menghasilkan lebih kurang 20 cerpen yang dimuatkan dalam majalah PENGASUH antaranya berjudul Awang Hidung, Melintang, Kemuliaan Merendah Diri, Semangat Pengorbanan Ulung dan lain lain.

Meninggal dunia: 19 November 1933 bersamaan 2 Syaaban 1352 ketika berumur 65 tahun


Ketika kami Sidang Pengarang memilih "Tok Kenali" sebagai penghormatan untuk menghiasi kulit keluaran pertama majalah Pengasuh 1975, maka pemilihan itu bukan saja kami landaskan atas asas ketokohan ulung beliau sebagai ulama besar di zamannya, malah kami landaskan juga atas fakta beliau selaku pendorong dan pengasas majalah Pengasuh yang diterbitkan bagi pertama kalinya pada tahun 1918. Majalah Pengasuh adalah sama tua dengan majalah "Seri Pustaka" Indonesia yang diterbitkan dalam tahun 1918 oleh Balai Pustaka dan di Malaysia majalah Pengasuh merupakan majalah tertua yang kedua sesudah majalah Al-Imam yang diterbitkan oleh Syed Sheikh bin Ahamad Al-Hady pada tahun 1906.

Walaupun Tok Kenali bukan seorang penulis yang konsisten seperti Syed Sheikh , namun beliau adalah seorang penulis yang mempunyai gaya penulisan yang gagah dan jelas. Seandainya beliau tidak dihambatkan oleh tugas-tugas yang banyak dan terus menulis dengan tekun, beliau tidak syak lagi dapat dideretkan sejajar dengan tokoh-tokoh besar yang merintis alam penulisan tanahair.

Tok Kenali sejak dari muda lagi meminati pembacaan dan menaruh pandangan yang begitu tinggi berhadap tugas-tuga penulis dan peranan majalah-majalah adan suratkhabar-suratkhabar selaku mass media yang berpengaruh untuk menyatupadukan umat Melayu dan atas kesedaran itulah beliau tampil mempelopori usaha memimpin majalah Pengasuh yang diterbitkan oleh Majlis Ugama Islam walaupun dapatlah kita teliti dari pernyataan-pernyataan belau yang tegas dalam tulisannya di bilangan pertama Pengasuh. Antara lain beliau menulis :

"Telah mengakulah saya bahawa saya ini tiada daripada kuda medan ini. Sekiranya jika ada orang yang mengangkatkan pekerjaan saya ini terhentilah saya, kerana bukan tujuannya saya hendak menunjukkan kebijakan dan mencari kepujian, kerana adalah orang yang mengarang itu jadi kikit bagi sekalian penembak. Jika tidak ia pejam matanya nescaya mati ia kerana dukacita, tetapi adalah dituntut daripada seseorang itu manfaatnya atau mudharatnya, beranilah saya menceburkan diri di dalam laut api yang sentiasa bernyala-nyala. Selama ada angan-angan yang baik itu tiadalah puas hati saya mati sebelum saya lihat perubahan yang baru dan elok."

"Tatkala saya ketahui bahawasanya tiada ada orang yang boleh jadi utusan yang usaha pada menghimpunkan antara anak Melayu kita ini, maka cintalah saya dengan harapan bahawa diadakan pada tiap-tiap buah negeri di dalam Semenanjung Tanah Melayu kita ini sekurang-kurangnya satu suratkhabar yang dipunyai oleh anak-anak negeri sendiri supaya menempati ia utusan yang bijaksana menyeru kepada bersekutu dan bersatu pada tiap-tiap pekerjaan yang mendatangkan muslihat bagi watan, bangsa dan ugama."

"Cuba anakku tilik cerah matahari kelebihan orang yang telah dapat kemenangan kerana amalan kebajikan dan pandangan kelam orang yang telah jatuh kerana amalan yang kejahatan, maka di situlah "Pengasuh" bertimpuh (duduk) membedakkan sekalian yang hadhir dengan bedak pengharapan, mudah-mudahan subur sekalian dengan darah dan daging yang boleh mengkhidmatkan tanahair dan menunjukkan kepada Raja."

Tok Kenali satu-satunya ulama' kesayangan semua lapisan rakyat yang tiada ada tolok bandingnya. Kisah hidup beliau merupakan legenda-legenda yang diperkatakan mereka di segenap pelosok negeri hingga ke zaman ini.

Beliau menjadi begitu popular bukan sahaja kerana ilmu pengetahuan ugamanya yang tinggi dan akal fikirannya yang tajam dan bijaksana, malah kerana sifat-sifat kejujuran , rendah diri, peramah, pemurah, cara hidupnya yang zahid, bersahaja dan darwis iaitu sifat-sifat yang menjadi pakaian hidupnya sejak sebagai seorang pelajar di kota suci Makkah hingga sebagai ulama terbilang di tanahairnya. Beliau melayani yang bodoh sama dengan beliau melayani yang cerdik, beliau menghormati kanak-kanak sama dengan beliau menghormati orang-orang dewasa. Beliau tidak pernah menghampakan pemberian dan jemputan dari siapa saja. Dan jika diberi, maka pemberian-pemberian itu akan dibahagikan pula kepada orang-orang sekelilingnya dan apabila dijemput maka beliau akan tampil menjadi tukang masak. Inilah sifat-sifat dan cara-cara hidup beliau yang membuat setiap orang yang berhubung dengan beliau menyimpan kenangan-kenangan yang indah terhadapnya.

Tok Kenali adalah diantara tokoh-tokoh ulama yang telah diabadikan oleh rakyat Kelantan dengan gelaran "Tok" yang digandingkan dengan nama-nama tempat atau kampung di mana ulama-ulama itu datang, lahir, belajar atau kampung di mana ulama-ulama itu datang, lahir, belajar atau menaburi bakti mereka. Gelaran itu merupakan kemuncak penghormatan yang mencermin ketokohan dan kemasyhuran yang meluas. Diantara ulama-ulama itu ialah Tok Khurasan, Tok Bachok, Tok Kemuning, Tok Selehor, Tok Mesir dan lain-lain. Tuan Tabal juga termasuk ulama yang diabadikan dengan nama sebuah kampung.

Tetapi Tok Kenali bukanlah sekadar menjadi lambang kemegahan tempatan Kelantan, malah kemasyhuran beliau menjangkau jauh di luar perbatasan Malaysia. Beliau dapatlah didirikan sejajar dengan tokoh-tokoh Nusantara lain yang berjasa di zamannya memberi sesuatu sumbangan yang berkesan kepada masyarakatnya.

Walaupun Tok Kenali tidak meninggal hasil-hasil karya yag besar dalam mana-mana bidang pengajian Islamiah, namun jasa beliau yang paling besar ialah kejayaannya melahirkan satu angkatan ulama yang memegang obor pengajian tinggi Islam bukan di negeri Kelantan dan Malaya, malah di Thailand, Kemboja dan Indonesia di separuh pertama abad dua puluh. Beliau juga telah berjaya membawa kemuncak pengajian tatabahasa Arab, nahu saraf, balaghah dan ‘arudh di dalam sistem pelajaran Pondok di negeri ini. Keahlian beliau dalam bidang-bidang itu merupakan legenda di kalangan ahli-ahli ilmu di zaman itu. Dalam kebanyakan waktu beliau mengajar tanpa kitab.


Tidak seperti kebanyakan ulama yang lain di zamanya, Tok Kenali tidak hanya aktif di sekitar Surau atau Pondoknya saja, malah aktif dalam bidang kegiatan kemasyarakatan dan pentadbiran negeri, di mana beliau disahabati dan dirundingi oleh pembesar-pembesar negeri terutama rakan karibnya Dato’ Perdana Menteri Kelantan almarhum Haji Nik Mahmud Ismail (ayahanda Tan Sri Nik Ahmad Kamil dan Dato’ Nik Mustafa Fadhil). Hakikat ini dapatlah di perhatikan dari jawatan-jawatan yangdisandang semasa hidupnya iaitu selaku anggota Majlis Ugama Islam, anggota Jemaah Ulama Kelantan, Ketua Pengarang pertama majalah Pengasuh dan Ketua Pelajaran Ugama. Seluruhnya merupakan jawatan-jawatan penting yang memerlukan pandangan-pandangan yang tajam dan pergaulan yang luas.

Tok Kenali telah dilahirkan di Kampung Kenali pada tahun 1868 dari satu keluarga kaum tani yang saleh. Nama tubuh beliau Muhamad Yusuf bin Ahmad dan nama timangan "Awang", satu nama sentimental yang amat disukai beliau. Majalah Pengasuh keluaran pertama memperkenalkan pengarangnya sebagai "Al-Fadhil Tuan Haji Awang Kenali" dan almarhum Al-Sultan Muhammad yang Keempat menyebut nama beliau dalam titah ucapan melantik beliau selaku anggota Majlis Ugama Islam dengan nama "Haji Awang Muhammad Yusuf Kenali".

Beliau dilahir dan dibesar remajakan dalam zaman permerintahan seorang Raja negeri Kelantan yang agung iaitu almarhum Al-Sultan Muhammad yang Kedua yang terkenal dengan gelaran "Sultan Mulut Merah". Beliau dilahirkan kira-kira setahun selepas dibina Masjid Besar Kota Bharu (masjid kayu) yang sesuku abad kemudian menjadi gelanggang keguruan dan kegiatan ilmiahnya yang menharumkan nama Kelantan ke seluruh Tenggara Asia.

Dari sejak kecil lagi beliau memperlihatkan tanda-tanda kecerdasan yang luar biasa dan kecenderungan kepada ilmu pengetrahuan yang tidak pernah puas. Menurut Abdullah A-Qari Haji Salleh, Tok Kenali telah melanjutkan pelajaranya di Kota Bharu dalam usia kira-kira sepuluh tahun dengan berguru pada para ulama yang terkenal di zaman itu, di antaranya ialah Encik Ismail (ayah kepada Dato’ Perdana Menteri almarhum Haji Nik Mahmud), Tuan Guru Asy-Syaikh Muhammad Ali bin Abdul Rahman yang terkenal dengan "Wan Ali Kutan", Tuan Guru Haji Taib Tuan Padang dan Tuan Guru Haji Ibrahim Sungai Budor.
Sebaik saja tamat berguru perkara perkara dasar dalam Islam, beliau seterusnya membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke kota suci Mekah. Beliau berangkat ke Mekah pada tahun 1886 iaitu pada tahun kemangkatan Sultan Muhammad ke 2 yang digelar ‘Sultan Mulut Merah’.

Keputusan beliau untuk melanjutkan pelajaran ke Mekah kerana sejak berabad lamanya, kota suci tersebut menjadi tumpuan para ulama untuk mendalami ilmu Islam termasuk ulama dari rumpun Melayu.
Kota Mekah menjadi saksi akan kemunculan ulama ulama ternama dari rumpun Melayu yang pernah menuntut dan mengajar di situ selama berpuluh puluh tahun lamanya. Di antara nama nama ulama Melayu tersohor yang mendapat pendidikan Islam di kota Mekah ialah seperti Syeikh Daud al Fatani, Syeikh Abdul Samad al Falimbani, Syeikh Mohd. Arshad al Banjari, Syeikh al Nawawi al Batani dan ramai lagi.

Tok kenali pada zamannya sangat beruntung kerana berkesempatan menuntut ilmu dengan beberapa ulama besar ketika itu. Salah seorangnya ialah ulama Pattani yang terkenal Syeikh Ahmad Muhammad Zain bin al Fatani.
KEISTIMEWAAN
1. Pernah memberitahu anak muridnya bahawa satu masa nanti Jepun akan menjajah Kelantan dan seluruh tahan air. Pada 1941 tentera Jepun benar benar menyerang Tanah Melayu dan masuk melalui Kelantan.
2. Pernah memberi amaran Kelantan akan dilanda banjir besar dan meminta orang kampung bersiap sedia. Sebulan selepas itu terjadinya banjir besar di Kelantan yang dikernali sebagai Bah Air Merah pada 24 Disember 1926.
3. Seorang yang cepat menghafal dan tajam pemikiran semenjak kanak kanak lagi.
4. Ada riwayat mengatakan bahawa Tok Kenali akan ke Mekah pada setiap tahun. Bahkan ada yang terserempak Tok Kenali di Mekah sedangkan ketika itu beliau berada di Kelantan.
5. Pernah diceritakan bahawa Tok Kenali dijemput untuk berbuka puasa di enam tempat dan pada hari jemputan tersebut, Tok Kenali berada di keenam enam tempat tersebut.
6. Berkawan dengan pelajar Jin Islam ketika menuntut di Mekah.
Syeikh Ahmad adalah seorang guru yang sangat alim serta bijak dan mahir dalam penulisan. Diriwayatkan datuknya adalah seorang pendakwah Islam dari Hadratulmaut dan salasilah keturunannya itu sampai kepada nasab sahabat terkenal, Saidina Uthman bin Affan.

Tok Kenali menjadi salah seorang anak murid kesayangan ulama besar itu hampir 20 tahun lamanya. Tok Kenali berdamping dengan Syeikh Ahmad dan bermacam macam ilmu yang telah diperolehi daripada ulama tersebut. Tok Kenali juga telah mempamerkan komitmen yang tinggi terhadap ilmu pengetahuan dan gurunya turut mengagumi kesungguhan beliau dalam bidang ilmu.
Kira kira sekitar tahun 1906, guru kesayangan beliau telah menyahut panggilan Ilahi. Kematian gurunya itu ternyata memberi kesan kepada Tok Kenali dan menjadi salah satu sebab beliau membuat keputusan untuk kembali ke Tanah melayu. Pada sekitar tahun 1908, akhirnya Tok Kenali pulang ke Kelantan dan waktu itu, usia beliau mencecah 40 tahun.

Jadi Ulama Kesayangan Masyarakat

Sekembalinya ke Kelantan, beliau tidak menunggu lama untuk menabur bakti kepada masyarakat umat Islam disana. Tok Kenali pula ketika itu, tidak seperti kebanyakan ulama lain di zamannya, yg hanya aktif di surau atau pondok sahaja, tetapi beliau aktif dalam aktiviti masyarakat termasuk dalam pentadbiran negeri.

Tok kenali menjadi popular di kalangan semua lapisan rakyat disebabkan akhlak dan keterampilannya. Sifatnya yang zuhud, rendah diri, peramah, pemurah menyebabkan beliau senang didekati.
Kemesraan dalam pergaulan, cara hidup yang zahid serta tidak pernah menghampakan permintaan orang ramai, membuatkan beliau menjadi seorang ulama yang dekat dan hampir kepada masyarakat awam.
Biarpun Tok Kenali tidak meninggalkan hasil hasil karya yang terkenal dalam mana mana pengajian Islam, namun jasa jasa beliau paling besar dalam dunia Islam ialah melahirkan satu angkatan ulama yang tersohor bukan sahaja di negara ini, tetapi turut terkenal di negara luar.
Belia juga telah berjaya membawa perubahan dalam sudut pengajian tatabahasa Arab, nahu sarf, urudh dan balaghah dalam sistem pengajian pondok ketika itu. Beliau yang sering kali mengajar tanpa kitab, begitu dihikmati ketinggian ilmu dan keahlian beliau dalam beberapa bidang ilmu sehingga menjadi nama beliau satu lagenda bagi ilmu ketika zaman itu.

Penulis: Wan Mohd. Hafiz Wan Hamzah
Terbitan asal: AL ISLAM Oktober 2005
url artikel: http://grenbara.bravejournal.com/entry/21278
dan dari http://members.tripod.com/~aashraff/tok_kenali.htm

Saturday, April 17, 2010

Jejak Panglima


Salam buat semua....
Hahhah... adakah syed ni seorang pendekar melayu? Sebenarnya bukan niat di hati untuk menunjuk2, syed saje jer nak buat koleksi gamba2 ni dalam blog syed untuk syed buat kenang -kenang. Tiada yang hebat dalam diri ini pasal silat. Syed baru jer dalam persatuan silat ni. Silat nih dinamakan Silat Harimau Putih. Nih adalah silat syed yang pertama sebelum menyertai Silat Cekak Uztaz Hanafi....

Dalam silat ni, byak perkara positif yg syed dapat dalam usaha peningkatan jati diri syed sendiri. Bila kita mempelajari seni mempertahankan diri, apa yang penting adalah kita melatih diri kita untuk lebih berkeyakina.n Konsep keyakinan ni, bukanlah bermakna kita yakin dapat melawan musuh atau sengaja nak nak ajak orang bergaduh, tapi sebenarnya akan sentiasa lebih yakin dalam segala hal dan lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

Selain tu jga, ramai kenalan2 kenalan baru yg syed dapat dari sluruh tempat bila join seni persilatan nih. Rakan seperguruan syed dalam silat harimau putih ni ada disetiap negeri dalam Malaysia ni. Semuanya baik-baik dan tidak lokek dalam memberikan tunjuk ajar....

Gambar nih di ambil sebelum syed mulakan perlawanan sparing dgn panglima Rudy.
Sebelum mula kami kena beli salam hormat kpd Tun Laksamana Kamal, Laksaman Faisal dan semua panglima-panglima yang ada.

Alamak... bila masa pulah syed terbang nih. Heheheh.....


Perghhhh.... Panglima Rudy nih, bukan main lagi bdgn sepakan terbang dia.
Nih mesti sbb suka ygk crita Dragon Ball masa kecik2 dulu ekkk....

Hohhh.... lawan, jangan tak lawan.......


Hehhe..... agak2nya sape yg tumbang ekk. Dua2 bagi sepakan nih...

Sembang Mutiara Hikmah

I'm Proud To Be Muslim

Login Dapat Wang