Selamat Datang
Search@Dakwah
Bicara Hikmah Dari Pena Penulis
Salam Ukhuwah dan Salam Kasih Sayang Buat Semua…
SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN.
Sekian, Salam Ukhuwah
Wednesday, August 20, 2008
Akhlak Muslimah
Diingatkan Untuk Mengingatkan Kerana Manusia Untung Itu Seimbang Dunia Dan Akhirat
Penilaian Seorang Muslimah
Assalamualaikum.Alhamdulillah. Masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk melihat dunia dan merasai nikmat Iman dan Islam. Rata-rata daripada kalangan kita mungkin terfikir soal ini, bukan semua yang bertudung itu baik dan tidak semestinya yang tidak bertudung itu jahat. Secara realitinya dan logiknya mungkin boleh diterima pendapat sedemikian kerana bukan tudung ukuran akhlak seseorang.
Masih ramai yang bertudung tetapi tidak menjaga tutur kata dan perlakuan yang mencemarkan pandangan positif terhadap orang lain yang bertudung. Mengapa ini berlaku? Masalah utama, keikhlasan kita menurut perintah Allah SWT yang satu ini. Sudah terang, nyata lagi bersuluh perintah menutup aurat dengan sempurna dalam Surah Al-Ahzab, ayat 59,
Alhamdulillah, golongan ini telah berusaha melaksanakan perintah Allah ini, tetapi mungkin kurang menitikberatkan soal taqwa atau lebih mudah, secara batinnya. Kerana Allah berfirman,
Alangkah moleknya jika kedua-dua kalam Allah ini dihadam dengan sebaik-baiknya. InsyaAllah tidak mungkin akan timbul masalah dalam soal peribadi Muslimah yang kadangkala tercalar kerana kurang prihatin soal hikmah perintah Allah. Saya mengingatkan diri saya dan anda semua. Sesungguhnya mulut saya yang bercakap, tangan saya yang menaip lebih hampir kepada telinga saya yang mendengar dan mata saya yang membaca. Saya ingin berkongsi sedikit pandangan daripada seorang ustaz berkenaan isu ini.
Cara berpakaian gambarkan peribadi muslimah
JANGAN menilai seseorang melalui penampilan luarannya saja. Alah... bukan semua yang pakai tudung itu hatinya baik. Lagipun, mana ada garis panduan atau fesyen khusus mengenai cara berpakaian untuk wanita Islam?
Pensyarah di Fakulti Bahasa al-Quran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mohd Zawawi Yusoh, berkata isu cara berpakaian wanita mengikut perspektif Islam sebenarnya sudah selesai.
Beliau berkata, jika isu itu dipertikaikan atau dibangkitkan, ia perlu melihat kepada motifnya sama ada ia dibincangkan dengan tujuan ingin tahu atau sekadar hendak memperlekehkan.
“Islam kata nak pakai apa pun, pakailah tetapi perlu menutup aurat. Perkara ini sudah selesai kerana ia jelas. Sekarang ini sama ada hendak ikut atau tidak.
“Jika yang bertanya bukan Islam, kita boleh terima kerana mereka tidak kenal Islam, maka mereka tidak tahu. Jika orang Islam sendiri yang mempersoalkannya, boleh jadi mereka kurang Islam,” katanya.
Mohd Zawawi berkata, keistimewaan Islam sebagai cara hidup menyediakan panduan kepada umatnya termasuk menggariskan etika berpakaian dan ini tidak dimiliki agama lain.
Katanya, Islam menyediakan adab yang sesuai merangkumi kehidupan harian seperti adab makan, cara berpakaian, bekerja, berniaga dan semua yang berkaitan dengan keperluan manusia.
Oleh itu katanya, dalam memperkatakan mengenai fesyen sesuai untuk wanita Islam, antara soalan yang perlu dijawab ketika memilih pakaian ialah tujuannya sama ada untuk menutup aurat atau ingin bergaya.
“Mempersoalkan isu aurat dan fesyen pakaian wanita Islam ini juga jangan ada maksud yang tersirat. Perjuangan itu perlu mengikut syariat kerana kita tidak mahu dijadikan alat untuk memanjangkan lidah orang kafir.
“Jangan nak perjuangkan hak wanita, pinjam idea Barat kerana Barat tidak pernah beri hak kepada wanita. Ikut cara Barat, mereka minta hak dari manusia. Hak wanita dalam Islam diberi oleh Allah,” katanya.
Beliau berkata, sebaiknya isu fesyen pakaian wanita Islam dijuruskan kepada perkara lebih besar dan memberi manfaat seperti mengambil peluang itu untuk membuka perniagaan berasaskan fesyen busana untuk Muslimah.
Katanya, Islam bukan saja menyuruh umatnya menutup aurat tetapi juga memikirkan cara bagaimana suruhan itu dapat dilaksanakan.
“Islam kata tutup aurat, mana bajunya. Kita fikirlah fesyen pakaian macam mana yang menutup aurat. Islam bukan suruh sediakan bajunya jika mampu, kuasai pasaran menyediakan pakaian menutup aurat.
“Itu sepatutnya yang kita fikirkan bukan mempersoalkan mana dia garis panduan fesyen wanita Islam. Lagi satu, martabatkan wanita yang menutup aurat. Ini tidak, wanita pakai tudung kita gambarkan suka mengumpat, buat fitnah,” katanya.
Semoga ada manfaatnya. InsyaAllah.
Wallahualam.
p/s: "Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pada hari Qiamat yang semisal, kemudian membakarnya dengan api neraka [Sunan Abu Daud: 4029. Di nilai hasan oleh al-Albani]
Islam Dan Sains
Dalam satu perbincangan, seorang siswi menceritakan masalah yang dihadapi berhubung dengan cara pemakaian. Masalah bermula apabila berhadapan dengan persepsi keluarga dan rakan-rakan setelah berubah dari wanita yang berpakaian “liberal” kepada wanita yang menutup aurat sepenuhnya seperti yang disarankan oleh Islam.
Pandangan serong terhadap pemakaian tudung labuh dan jubah menyebabkan siswi tersebut berasa tersisih bukan sahaja terhadap pandangan masyarakat umum, tetapi pandangan siswi-siswi yang bergiat dalam program berunsurkan dakwah. Penerimaan terhadap perubahan berlaku agak sukar akibat sikap double-standard dan kronism yang diamalkan. Disebabkan mereka telah mendapat tarbiyah sekian lama dan menganggap diri adalah terbaik, agak payah untuk menerima orang yang baru mengenal erti tarbiyah yang sebenar.
Apatah lagi berhadapan dengan ibu yang tidak memahami sehinggakan si ibu menyuruh siswi tersebut kembali kepada pakaian lama.
Penyelesaian
Bercakap tentang perubahan, ia bukanlah satu perkara yang mudah semudah mengalihkan sebatang pen dari satu meja ke meja yang lain. Apatah lagi berubah dari segi pemakaian yang melibatkan persepsi masyarakat sekeliling terhadap personaliti baru yang ingin dibentuk. Adalah penting adanya pemahaman terhadap matlamat perubahan dan pengorbanan yang tinggi agar terus istiqamah dengan perubahan.
Apa yang dilakukan oleh siswi tersebut adalah hijrah kepada kebaikan dan memerlukan ketahanan mental dan mujahadah yang tinggi. Dalam satu perubahan, sokongan dari segi spiritual, emosi dan mental diperlukan bukan sahaja dengan berharap kepada tuhan, tetapi juga dari masyarakat sekeliling khususnya mereka yang faham tentang Islam. Meskipun siswi tersebut baru mengenal erti tarbiyah dan mula bergiat dalam program berunsurkan dakwah, rakan-rakan dalam organisasi dakwah haruslah faham dan tidak memandang diri sebagai individu yang bertaraf tinggi sehingga tidak layak berdamping dengan mereka yang baru menerima hidayah.
MUSLIMAT
Di sini, pentingnya pemahaman tentang konsep inverse response (respon songsang ~ rujuk Pemikiran Sistemik) dalam kehidupan seharian. Setiap sesuatu yang bersifat drastik memerlukan daya yang tinggi untuk diterima dan konsep bersabar terhadap time delay (masa lengah yang diperlukan sebelum satu sistem berfungsi) diperlukan. Sesuatu perubahan memerlukan visi yang jelas berdasarkan ilmu wahyu agar kekuatan diperoleh walaupun keadaan sekitar sukar menerima.
Bagaikan susu yang sebelumnya bercampur dengan najis, kuman, urea dan darah di dalam sistem badan seekor lembu akhirnya keluar sebagai susu yang suci yang mendatangkan kebaikan kepada peminumnya. Dapat disimpulkan bahawa bagaimana sukarnya susu itu keluar dari badan seekor lembu melalui proses perahan untuk bebas dari unsur-unsur negatif, begitulah sukarnya sesuatu perubahan untuk dilaksanakan. Persekitaran memerlukan masa untuk menerima sesuatu kelainan.
Adalah penting pemahaman tentang aurat kerana ia melibatkan penjagaan penglihatan yang berkaitan secara langsung dengan hati dan fikiran yang dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Aurat yang dimaksudkan bukan sahaja terhadap kaum wanita, tetapi juga kepada kaum lelaki di mana sesetengahnya yang kurang sensitif menganggap aurat lelaki tidak berapa penting sehingga memakai seluar yang menampakkan lutut ketika bersukan. Bagi seorang wanita, aurat adalah perkara yang sangat besar dan skop aurat adalah lebih luas pada tubuh mereka berbanding lelaki. Manakala dalam institusi kekeluargaan pula, ibu bapa memainkan peranan penting terhadap pentarbiyahan setiap anak. Bahkan, mereka juga perlu ditarbiyah dan diberi peringatan agar tidak alpa akan arus dunia semasa yang membawa kepada kebatilan.
Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat
Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang digunakan:
J = mc x tetha
J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.
m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.
c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.
tetha ialah perubahan suhu.
Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)
Abstrak/Pengenalan
Dalam kajian ini, “eksperimen” dilakukan ke atas 3 jenis wanita: wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah, wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat dan wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.
Tujuan
Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.
Hipotesis
Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.
Inferens
Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.
Pembolehubah manipulasi
c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan. Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas dari suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya “mengurung” wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan t-shirt?
Pembolehubah malar
m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.
tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).
Pembolehubah bergerakbalas
J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.
Kaedah
1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.
2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian.
3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.
4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki: Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik dan Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.
Pemerhatian
1) Wanita A kelihatan humble, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.
2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal.
3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.
4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.
Kesimpulan
Dari eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi:
J = mc x tetha
Oleh itu, hipotesis diterima.
Mengkaji Fizik melalui perspektif Islam
Dalam usaha penyampaian Islam kepada individu yang faham tentang Islam, individu yang kurang faham tentang Islam dan individu yang tidak faham tentang Islam, pendekatan melalui ilmu duniawi berdasarkan kaedah saintifik dan empirik adalah salah satu cara yang sesuai kerana tak semua daripada mereka akan menerima jika menyampaikan melalui ilmu Tauhid. Masalah berlaku di Malaysia di mana persepsi masyarakat berubah iaitu belajar adalah untuk bekerja, bukan belajar untuk mencari ilmu.
Adalah menghampakan situasi yang sama berlaku pada mereka yang mengambil jurusan agama dan mereka yang menghafal kalam-kalam Allah. Jika perspektif ini berterusan, mereka tidak akan mampu untuk mengislamisasi ilmu yang dipelajari, melakukan integrasi antara ilmu duniawi dan ilmu Islam, menyampaikan ilmu pada peringkat antarabangsa agar mesej Islam sampai ke serata tempat seterusnya mencapai kecemerlangan menyeluruh.
Seperti yang tertera dalam misi UIA iaitu Triple ICE (Integrations, Islamizations, Internationalizations dan Comprehensive Excellence), adakah pelajar UIA akan mencapai misi UIA andai masih lagi belajar untuk bekerja? Bukan untuk pelajar UIA sahaja, malah kepada pelajar institusi lain sekali. Tidak malukah kita kepada mereka yang bukan Islam mengkaji ilmu sains melalui al-Quran lantas memeluk Islam atas kesedaran? Di manakah perginya reputasi pelajar Islam yang cuba dipertahankan? Fikirkan”
Wanita Solehah
Persoalan menutup aurat dan isu tudung sememangnya cukup berkait rapat dengan hak individu melaksanakan tuntutan Islam. Lihat sahaja, di Perancis contohnya isu tudung cukup dipandang serius oleh pihak berkuasa. Di Turki,yang merupakan taman pemerintahan Khilafah Turki Uthmaniyyah satu ketika dahulu, juga tidak lepas dari cengkaman perang saraf sekularisasi dalam isu bertudung ini.Bahkan para sekularis Turki turut berusaha mengagalkan kemenangan Abdullah Gul sebagai calon Presiden disebabkan komitmen yang tinggi kepada islam,termasuklah isteri beliau Hayrunnisa’ yang kekal bertudung menongkah arus sekularisme Turki.
Namun, yakinkah kita Islam mendatangkan kewajipan bertudung kepada wanita dengan membawa pakej kemaslahatan pada manusia? Dari sudut nilai integriti, maruah dan kesantunan? Dan juga dari segi kesihatan dan sains?
AURAT IS ALL ABOUT WOMEN’S DIGNITY
Allah SWT memberi arahan jelas kepada muslimah melalui KalamNya iaitu :
“Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan…” (24: 31)
Cukup jelas, tanpa kompromi..
Islam,sesuai dengan sifat thabat wa murunahnya (tetap dan anjal), kena dengan ciri flexibility yang tersendiri, tidak menghalang mahupun mengekang wanita untuk berpakaian mengikut fesyen dan suasana. Namun, Islam ada guidelinenya…
Prof HAMKA dalam Tafsir Al-Azhar menyatakan : “ Tidaklah semua pakaian Barat ditolak dan tidaklah semua pakaian negeri kita di terima. Kebaya jawa yang menampakkan sebahagian dada tanpa selendang adalah termasuk pakaian yang dilarang mengikut pandangan islam”
Perkara yang cukup jelas, memakai tudung dengan betul akan meningkatkan maruah dan harga diri yang tinggi buat wanita Islam.Yang yakin akan syariatullah ini…
APA KATA SAINS?
Artikel The Science Behind The Veil di IslamOnline.net tulisan Karima Burns menyebut :
“ Ujian menunjukkan 40-60 % daripada tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala jesteru menutupnya terutama di musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain. Menutup kepala juga bermanfaat bagi kesihatan dimusim panas. Pakar otak, V.G Rocine mengatakan fosforus otak akan mencair pada suhu 108° Fahrenheit. Keadaan ini boleh berlaku apabila seseorang terdedah kepada panas terik tanpa menutup kepala. Pencairan fosforus boleh menyebabkan fungsi otak menurun dan akan memberi beberapa kesan negatif kepada otak”.
Artikel Highest Phosphorus Foods di Canadian Neuro-Optic Research Institute Online juga menyatakan bahawa :
“ Sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105° Fahrenheit ia amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair dan menjejaskan kesihatan otak. Jesteru kepala hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas”.
BERTUDUNG = OTAK SIHAT.
Penemuan dan kajian yang telah dibuat jelas menunjukkan dengan pemakaian penutup kepala (bagi Islam : bertudung) cukup signifikan dalam penjagaan otak. Penutupan kepala secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan risiko pada otak.
Cukuplah sedikit bukti dipamerkan melalui sains mengukuhkan iman dan mentaukidkan aqidah serta keyakinan kita kepada syariat Islam..
Kerana Islam datang dengan sifat sempurna dan menyempurnakan, jauh dari ciri susah dan menyusahkan seperti pandangan pesimis sebahagian masyarakat bukan Islam tentang kepentingan bertudung..
Wahai muslimah, yakinlah dengan kewajipan yang ditetapkanNya, teguhkanlah pendirian anda, dan pertahankanlah hak dan maruah anda sebagai wanita Islam melalui pemakaian hijab yang di arah Tuhan..
Kelebihan Bertudung
Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum menutup aurat sehingga mereka tidak dapat menerima, malah memandang serong terhadap syariat menutup aurat. Berkat kesabaran wanita-wanita yg bertudung diwaktu itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham bahawa memakai tudung itu adalah untuk memenuhi tuntutan syariat. Seperkara yg menarik di waktu itu, apabila seseorang wanita itu bertudung, maka akan nampak beza tingkah lakunya berbanding dgn wanita yg tidak menutup aurat & peribadinya sendiri sebelum memakai tudung. Kalau dahulu dia senang bergaul bebas dgn lelaki, tetapi bila sudah bertudung, pandangannya sudah mula ditundukkan, bercakap dgn lelaki pun jarang sekali, tidak seronok malah tidak menghadiri majlis yg ada percampuran bebas lelaki & perempuan, tidak suka berkeliaran di tempat-tempat awam, cenderung utk mendalami ilmu-ilmu Islam, suka utk beribadah, akhlak & tutur katanya menjadi semakin lembut & lunak. Suka menolong orang, bibir sentiasa menguntum senyum sebagai sedekah sesama muslim, sedia membantu kesusahan orang lain, sudah benci kpd kemewahan dunia, tahan diuji & sentiasa mencari-cari peluang utk mengajak masyarakat wanita yg lainnya agar sama-sama menutup aurat.
Lantaran berbezanya mereka dgn wanita yg lain, maka org pandang tinggi kpd wanita yg bertudung, walaupun masih ramai yg tidak suka kpd mereka. Waktu itu, kalau wanita sudah sanggup bertudung, ertinya didlm dadanya sudah ada sedikit sebanyak ilmu- ilmu agama. Sekurang-kurangnya dia sudah hafal dalil-dalil Al Quran dan hadith mengenai hal penutupan aurat. Ini disebabkan mereka sering dihujani dgn berbagai pertanyaan mengenai apa yg mereka buat. Untuk menjawapnya, mereka sudah bersedia memberi jawapan yg sesuai dgn nas Al Quran dan hadith utk menyakinkan org ramai. Oleh sebab itu org ramai memandang tinggi kepada mereka.
Di awal 90'an, bilangan org bertudung semakin ramai. Di mana- mana sahaja kita boleh bersua dgn wanita yg bertudung. Sama ada di kilang, di sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti & di politeknik malah beberapa pengacara televisyen & radio pun sudah memakai tudung. Alhamdulillah
Tetapi yg menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat- tempat hiburan, berpegangan tgn dgn teman lelaki, dipanggung wayang atau kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya drp calaran alat-alat make up, tetapi kini dgn mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran dgn teman lelaki di tempat-tempat sedemikian. Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai dgn aliran zaman dan fesyen baju. Kadang-kadang pakai tudung pun tidak sempurna mengikut syariat. Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup & hendak buka. Akhlak & tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk drp mereka yg tidak memakai tudung atau buka aurat.
Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung telah tercemar dgn wanita-wanita yg menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk berasmara, malu utk ke tempat hiburan & sebagainya. Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan utk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat.
Bila direnung-renung menga pa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita-wanita yg bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yg memakai tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dgn suasana. Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yg masih tidak bertudung. Lantaran itu mereka mengambil keputusan utk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya.
Kini masyarakat telah menerima wanita yg pakai tudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yg hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung. Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai
tudung lebih cantik dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung.
yg belum kelihatan berjalan-jalan di taman bunga atau di tempat-tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah sama dgn wanita yang bertudung dan wanita yg memakai tudung
diperingkat awal dahulu. Sesuatu amalan yg dilakukan kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta faham apa yg mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yg di buat bukan dari hati yang ikhlas, walau pun nampak hebat tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah.
Wanita yg pakai tudung selain drp keinginan utk menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dgn Allah walaupun di di dunia mereka berjaya membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat. Tetapi di akhirat nanti, niat sebenar & apa yg ada di dalam hati mereka akan diselongkar & didedahkan oleh Allah dipadang Makhsyar di hadapan jutaan umat manusia.
Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat :
" Ya Rasulullah Dgn apakah mencapai keselamatan kelak ?"
Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah."
Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu Allah ?"
Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang
diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."
Disamping tiada niat utk menutup aurat dgn bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yg berniat utk menutup aurat dgn tudung tetapi tudungnya berfesyen sehing gamenarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yg dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat, malah semakin berdosa kalau dgn memakai tudung yg berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh hati. Dikala itu tudung bukan menjadi alat menutup aurat , tetapi menjadi alat utk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dgn menutup aurat tetapi mendapat dosa.
Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut masyarakat & peredaran zaman. Sementara yg mengamalkan syariat kerana pengaruh sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi dia berada di dlm suasana begitu. Tetapi bila dia terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak mampu bertahan & turut hanyut dgn masyarakat di sekitarnya. Ujian yg sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya. Oleh itu kalau hendak mendapat keredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah berilmu dgn apa yg dilakukannya. Jesteru itu menuntut ilmu adalah perkara yg utama sebagai penyuluh ibadah.
Di samping ada ilmu, amalan yg dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah bukan kerana yg lain dari itu. Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kita & mempunyai kefahaman yg mendalam agar kita tidak mudah tergu gat apabila datang ujian, betul di dalam tindakan dan bersabar di dalam apa jua kesusahan.
Renung-renungkanlah wahai wanita yg berada di luar

RSS Feed (xml)

