Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Selamat Datang

Search@Dakwah

Custom Search

Bicara Hikmah Dari Pena Penulis

Assalamualaikum w.b.t

Salam Ukhuwah dan Salam Kasih Sayang Buat Semua…


SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN.

Sekian, Salam Ukhuwah

Tuesday, October 14, 2008

Pena Penulis

Assalamualaiku w.b.t

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan di atas nikmat iman dan Islam yang diberikan dan kita dapat lagi menyambung kontrak kehidupan kita dengan Pencipta Yang Agung, Allah S.W.T. Selawat dan salam ke atas junjungan beasr kita Nabi Muhammad S.A.W. Moga-moga kita tergolong di antara mereka yang beriman.


Pertama sekali ana mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa blog ni. Setelah hampir setahun kita menjalani kehidupan setelah berlalunya Ramadhan 1428H, maka sekali lagi kita memasuki gerbang keberkatan iaitu bulan bulan Ramadhan 1429H.


Di sini, ana bukannya untuk menunjukkan yang ada pada diri ana, tetapi ana ingin berkongsi sedikit sebanyak apa yang ana lalui dalam kehidupan ana di samping ana melalukan usaha ke atas iman dan amal ana sendiri serta usaha ana untuk menjalankan tanggungjawab ana sebagai muslim. Dan juga ana mengharapkan nasihat dan pandangan daripada sahabat-sahabat yang sudi membantu ana dalam konsep dakwah.

Ramadhan kali ini, ana cuba ingin berkongsi sedikit sebanyak macam mana kehidupan ana dalam mengharungi lembaran kesukaran pada zaman ini. Seperti yang kita sedia maklum, kita sebenarnya sebaik-baik kejadian yang Allah sunnahkan. Tetapi macam mana penghayatan kita itu ke atas nikmat itu adalah menjadi pengukur kepada iman kita.

Kalau kita lihat dalam dalam bahasa arab, kufur yang berasal daripada kafara atau secara bahasanya bermaksud tutup, dinding, dan terlindung. Dari konsep inilah ana cuba bawakan macam mana realiti kehidupan kita sekarang.

Sesungguhnya kita telah mengetahui bahawa setiap orang itu tidak dilahirkan, melainkan dalam fitrah Islam dan setiap anggota tubuh kita tidak bekerja melainkan sesuaindegan fitrah Islam. Tetapi semua ini terlingkup oleh hijab kejahilan dan kejahatan yang menutupi, sehingga terluputlah dari pandangannya fitrah dunia dan fitrah kita sendiri.


Kalau kita lihat pada abad ini tidak ramai di kalangan kita yang bergelar muslim dapat menghayati apa sebenarnya realiti muslim itu sendiri. Kehidupan kita banyak disogokkan dengan pengzahiran dunia semata-mata. Padahal untuk menerapkan Islam dalam kehidupan seharian adalah cukup mudah. Ini kerana kita sudah pun mempunyai fitrah Islam dari awal, bahkan dari alam roh lagi kita sudah mempunyai fitrah itu.


Di sini ana cuba bawakan satu ideologi kehidupan sebagai seorang pelajar. Bagi ana, ana cukup jelas kerana ana juga merupakan individu yang masih belajar. Kejelasan ana bukannya untuk menyatakan bahawa ana ini sudah cukup hebat dan terpelihara dari maksiat. Ana juga manusia biasa. Kalau nak diikiutkan ana bukannya mendapat pendidikan yang formal dalam pendidikan Islam dan arif dalam bab-bab agama. Tetapi sekadar perkongsian ana terhadap apa yang ana lalui sepanjang ana berada di level universiti ana ingin berkongis dengan sahabat-sahabat ana.


Sekarang, ana merupakan pelajar tahun 2 disalah sebuah universiti tempatan. Sudah setahun lebih ana menjalani kehidupan sebagai pelajar universiti dan sekarang ana berada di semesta ketiga. Alhamdulillah, ana cukup bersyukur dengan apa yang ana perolehi sekarang. Flow kehidupan ana dari sem 1, sem2 dan sehingga sekarang sem3 cukup berbeza. Dan jauh berbeza sebelum ana memasuki alam universiti. Di alam universiti ni, cukup-cukup menguji ana. Di awal sem1, ana masih lagi terbawak-bawak cara kehidupan sebelum ana masuk universiti. Bahkan ana cukup sedih dah kesal kalau mengingati kembali di atas kejahilan ana dalam mengharungi kehidupan ana pada masa itu. Segala-gala yang ana lalui tidak membawa makna apa-apa melainkan hanya untuk meneruskan kehidupan sahaja tanpa adanya pembawakan konsep kemantapan iman dalam diri.


Sebelum ini ana rasa, ana sudah cukup baik kerana tidak tidak berzina,berjudi atau melakukan dosa-dosa besar yang jelas pengharamannya atau pun hisap rokok, ambil dadah, tidak bercouple, tidak mencuri, tidak merompak dan sebagainya yang ana sedari dan dapat menjauhkan diri ana dari unsur-unsur tersebut. Di sini ana nak ceritakan bahawa kita menerima Islam bukan hanya sekadar dapat mengawal diri dari melakukan dosa sahaja. Bukan sekadar bebas dari undang-undang yang dibuat oleh manusia atau mengikuti perlembangan dunia semata-mata, kalau kita bebas daripada kekangan ini, alhamdulullah dan sudah cukup baik. Tetapi alangkah lebih elok kiranya kita melakukan setiap pekerjaan itu berdasarkan tujuan asal kita berada di muka bumi ini iaitu tujuan ke arah fitrah kita yang sebenar yakni tetapi kita kena melakukan satu usaha peningkatan ke atas iman kita. Usaha untuk menjadikan kita terdiri daripada golongan yang mendapat keredhaan Allah S.W.T.


Persoalan yang ana ingin terangkan di sini adalah adakah kita sekarang ini muslim? Kalau kita muslim, apa buktinya? Apayang menjadikan kita muslim? Dan apa yang kita lakukan kalau kita ini seorang muslim? Bagi ana, persoalan-persoalan ini perlu kita persoalkan pada diri kita sendiri untuk menyedarkan diri kita untuk melakukan usaha ke atas iman. Kalau kita sebagai seorang pelajar, adakah kita ini berlajar semata-mata untuk mendapat result yang bagus, mendapat pekerjaan yang bagus selepas habis belajar atau kita ini sekadar belaja sebab kelaziman kehidupan sekarang yang membudayakan setiap orang itu mesti belajar di darjah satu pada umur 7 tahun, ambil UPSR masa darjah 6, ambil PMR masa di tingkatan 3 dan SPM, STPM dan seterusnya, kemudian masuk universiti mengikut kitarannya. Sehinggalah kita ke alam rumah tangga, ada anak dan anak kita pula menyambung kitaran tersebut. Hakikatnya, adakah itu kehidupan yang cukup selesa bagi kita sebagai seorang muslim. Kalau itulah hendaknya, maka apa yang kita lalui adalah sia-sia sahaja.


Situasi 1:

Pada pemerhatian ana, ana cukup sedih dengan apa yang berlaku di sekeliling ana sekarang. Ana lihat ramai kawan-kawan ana study bermati-matian siang malam. Kemudian study sampai ke pagi, sanggup bersengkang mata untuk mengulang kaji pelajaran. Ramai di antara kawan-kawan ana suka stay over night for study. Sebelum study ada yang tidur awal dan ada yang direct study dari awal study dan sehinggalah ke subuh. Di sebabkan tension time study, mereka berhenti sekejap. Kemudian main game, lepas main game sambung study balik. Ada yang mendengar lagu, pasal volume macam nak gegar satu dunia sebab tak nak bagi mengantuk dan untuk mengalak daripada tension waktu study. Ini adalah apa yang berlaku di sekeliling ana. Walau bagaimana pun bagi ana keadaa ini tiada masalah secara kasarnya. Tetapi cuba kita fikir secara halus dan telus keadaan ini.... Adakah ini garisan kehidupan kita secara fitrahnya. Ana tidak mengatakan keadaan ini tak elok kemudian berdepan dengan kawan-kawan ana itu dan menyuruh mereka hentikan keadaan ini. Setiap orang ada pilihan mereka sendiri dan bebas memilih suasa mengikut kehendak masing-masing.


Situasi 2:

Alangkan indahnya kalau kita hiasi malam kita dengan suatu pekerjaan yang dapat mendekatkan diri kita dengan Allah S.W.T. Ana bukannya bermaksud untuk menyatakan mengulang kaji pelajaran sehingga larut malam itu suatu yang tidak elok. Bagi ana sendiri pun, ana lebih suka mengulang kaji pelajaran pada waktu malam kerana pada waktu ini lebih tenang dan sesuai untuk belajar. Tetapi, ana cuba bawakan di sini ialah, di samping kita stay over night for study alangkan eloknya kita manfaatkan waktu itu dengan sebaiknya. Kita cuba ambil masa sekejap untuk bersama dengan iman kita. Sebelum kita mula study waktu malam kita ambil masa untuk tidur sekejap kemudian bangun balik untuk sambung study. Tapi, sebelum kita study kita lapangkan seketika untuk solat sunat hajat, tahajud atau membaca Al-Quran beberapa ayat sebelum memulakan ulang kaji pelajaran. Sekurang-kurangnya kita tidak mensia-siakan malam kita dengan begitu sahaja.


Jadi, dengan sedikit perkongsian ini ana berharap sempena bulan Ramadhan ini marilah kita bersama-sama muhasabah diri, cuba renung-renungkan dan ambil ikhtibar daripada realiti kehidupan yang berlaku sekeliling kita dan marilah kita bersama-sama untuk turut serta dalam pesta yang terdapat pada bulan ini. Pesta itu adalah Pesta Ibadah. Oklah, ana rasa cukup senang sekiranya melihat kawan-kawan ana berada dalam kelompok yang berebut-rebut dalam melakukan pekerjaan di jalan kebaikan. Apa yang ana harapkan dari sahabat adalah nasihat dan teguran daripada mereka. Sahabat yang baik, adalah sahabat yang dapat membantu temannya yang berada dalam kesusahan dan sentiasa menasihati sahabat dikala mereka melakukan kesilapan. Kalau kita tidak menegur kesilapan mereka, siapa lagi yang akan menegur mereka.


Dengan itu, ana rasa setakat ini sajalah yang dapat ana tulis pada kali ini. Segala yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu juga datangnya daripada-Nya, tetapi atas asbab kejahilan ana, ana tidak dapat melakukankan dengan baik. Di harap kepada pembaca-pembaca blog ana ini dapat memberikan sebarang komen dan pendapat untuk tujuan ana meningkatkan lagipenyampaian blog ini.


Wallahu’alam

Sekian Terima Kasih

(WanFeroAziq)

Sembang Mutiara Hikmah

I'm Proud To Be Muslim

Login Dapat Wang