Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Selamat Datang

Search@Dakwah

Custom Search

Bicara Hikmah Dari Pena Penulis

Assalamualaikum w.b.t

Salam Ukhuwah dan Salam Kasih Sayang Buat Semua…


SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN.

Sekian, Salam Ukhuwah

Wednesday, September 10, 2008

Lelaki Acuan Al-Quran



Lelaki Acuan Al-Quran...
Adalah lelaki yang beriman
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang dijalan Allah.

Lelaki Acuan Al-Quran...
Adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Lelaki Acuan Al-Quran..
Adalah lelaki yang menghormati Ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarganya
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Lelaki Acuan Al-Quran..
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya.

Lelaki Acuan Al-Quran
Tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh dengan penuh kecerdasan

BERDAKWAH KEPADA ALLAH-(DAKWAH FARDIAH)

CIRI-CIRI PENTING DAIE

1. Pertama-tama, sebelum segala-galanya bermula, ikhlaskanlah niat kerana Allah Taala semata-mata. Tanpa keikhlasan, segala urusan akan runtuh dan musnah.

2. Menjiwai betapa besarnya tugas dan tanggungjawab yang dipikul. Dengan itu dia akan memberikan perhatian yang selayaknya dengan tugas tersebut dan dalam masa yang sama merasai ganjaran yang tidak ternilai menantinya.

3. Melaksanakan tugas dengan bijaksana, pandai memilih uslub (pendekatan), memberi tunjuk ajar dan menasihati yang baik serta berbincang dengan cara yang terbaik.

4. Hendaklah bersikap ramah mesra, mempermudahkan urusan dan memiliki akhlak yang baik. Semua ini dilakukan dengan sabar, lemah lembut (tidak cepat marah), mengharapkan pembalasan di sisi Allah hasil daripada rintangan yang dihadapi ketika melaksanakan kerja-kerja dakwah, dan menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w dan para daie yang mengikuti jejak langkah Baginda s.a.w.

5. Memahami selok belok cara hidup dan budaya masyarakat yang dia berkecimpung di dalamnya. Juga memahami aliran pemikiran dan isu-isu yang berlaku di dalam masyarakat, serta berusaha untuk mengenali dengan lebih mendalam mad’u yang didakwahnya.

6. Mempelajari dan mendalami sirah Rasulullah s.a.w dan sejarah Islam untuk dijadikan bekalan. Dia akan mendapati di dalamnya terdapat pelbagai bentuk penyelesaian masalah yang mampu membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Begitu juga dengan beberapa pendirian yang diambil oleh generasi muslimin yang pertama.

7. Menghafaz al-Quran sebanyak yang mampu untuk dijadikan dalil dalam kerja-kerja dakwahnya. Pendekatan melalui kisah-kisah yang terdapat di dalam al-Quran mempunyai kesan yang besar dalam jiwa.

8. Dalam setiap perbualan dan perbincangan, unsur akal (kefahaman dan logik) hendaklah dipandukan dengan unsur perasaan dan kejiwaan. Sesungguhnya membangkitkan unsur perasaan dan kejiwaan akan mempersiapkan akal untuk menerima apa yang disampaikan kepadanya dan meninggalkan kesan.

BERDAKWAH KEPADA ALLAH-(DAKWAH FARDIAH)


Renungan

Dengan mengandaikan seorang da’ie hanya mampu mendakwah 2 orang mad’u sehingga berjaya dalam masa setahun, maka di tahun kedua akan akan berlaku 3 orang daie mendakwah 6 orang mad’u. Tahun ketiga pula 9 orang daie mendakwah 18 orang mad’u. Tahun keempat pula 27 orang daie mendakwah 54 orang mad’u. Tahun kelima pula 81 orang daie mendakwah 162 orang mad’u. Tahun keenam pula 243 orang daie mendakwah 486 orang mad’u. Tahun ketujuh pula 729 orang daie mendakwah 1458 orang mad’u. Tahun kelapan pula 2187 orang daie mendakwah 4374 orang mad’u. Tahun kesembilan pula 6561 orang daie mendakwah 13122 orang mad’u. Tahun kesepuluh pula 19683 orang daie mendakwah 39366 orang mad’u. Begitulah seterusnya. Pada tahun kelima belas bilangan daie mencapai jumlah 4,782,969 orang dengan mad’u seramai 9,566,938 orang. Pada tahun ketujuh belas kita memiliki 43,046,721 orang daie. Ini bermakna seluruh penduduk Malaysia berada di peringkat daie dan tiada seorang pun yang menjadi mad’u. Sekiranya kita mengandaikan seorang daie mampu mendakwah 3 orang mad’u sehaja dalam masa setahun sehingga berjaya, maka di tahun kelima kita mempunyai 256 orang daie dan 765 orang mad’u. Pada tahun kesepuluh pula bilangan daie meningkat kepada 262,144 dan mad’u pula seramai 786,432 orang. Pada tahun keempat belas kita memiliki 67,108,864 orang daie.

Bayangkanlah betapa berkesannya dakwah fardiah apabila ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan. Ingatlah kita hanya disuruh beramal dan natijahnya terserah kepada Allah S.W.T.

BERDAKWAH KEPADA ALLAH-(DAKWAH FARDIAH)

BEBERAPA PESANAN KHUSUS MENGENAI DAKWAH FARDIAH


1. Hendaklah bersungguh-sungguh, memberikan sepenuh perhatian, mengikuti perkembangan dan membuat penilaian setelah dakwah fardiah dilaksanakan dalam jangka masa tertentu. Ini dilakukan supaya kita berpuas hati terhadap penerusan, perlaksanaan dan hasil yang diperolehi.

2. Pelaksana dakwah fardiah hendaklah terlebih dahulu diberikan panduan dan tunjuk ajar berkenaan uslub, pengertian dan beberapa perkara yang bersangkutan dengannya.

3. Usaha dakwah mereke boleh dibantu dengan cara membekalkan mereka dengan beberapa perkara, penjelasan dan isi-isi penting yang memantapkan sesuatu pengertian yang ingin disampaikan di pertemuannya dengan mad’u.

4. Ketujuh-tujuh marhalah yang telah dinyatakan di atas hendaklah benarbenar dilaksanakan kepada mad’u satu-persatu secara tertib di atas, kemungkinan menyebabkan mad’u tidak menerima apa yang disampaikan. Dapat diperhatikan bahawa setiap marhalah mempunyai hubungan dan kesan langsung dengan marhalah sebelumnya. Sebagai contoh; Apabila kita mengajak mad’u menyertai jemaah sedangkan dia tidak menerima tanggungjawab umum yang diwajibkan oleh jemaah, maka dia tidak akan memenuhi ajakan tersebut.

5. Keinginan untuk membawa mad’u ke marhalah terakhir tanpa usaha yang gigih dah berpuas hati sepenuhnya dengan pencapaiannya di setiap marhalah tidah boleh dijadikan alasan untuk tergesa-gesa membawa mad’u ke tahap itu. Ini adalah untuk menghapuskan kemungkinan dia ragu-ragu dan goyah tatkala menghadapi dugaan atau gangguan.

6. Perbincangan dengan pelaksanan dakwah fardiah mengenai ketujuh-tujuh marhalah dan perkara yang berkaitan dengannya seperti dalil atau faktorfaktor yang membantu mad’u menerimanya amat baik dilakukan. Ini adalah untuk memudahkan tugas daie ketika berhadapan dengan mad’u. 7. Selain daripada menjelaskan kesucian jalan dakwah dan semua tuntutannya, usaha-usaha menghilangkan keraguan dan kesamaran (syubhat) terhadap amal Islami, tuntutan-tuntutannya dan aktivis-aktivisnya juga mesti dilakukan. Ini dilakukan supaya sebarang kesan keraguan di dalam dirinya dapat dikikis.

7. Kebaikan dan kejayaan cemerlang yang diperolehi oleh mereka yang menyahut seruan Allah semestinya ditonjolkan. Begitu juga dengan bahaya besar yang menimpa mereka yang menolaknya. Sesungguhnya uslub yang memberikan galakan dan amaran banyak memberikan kesan kepada apa yang disampaikan oleh daie.

8. Para daie mestilah sentiasa tolong menolong dan nasihat menasihati sesame meraka dalam menghadapi halangan dan rintangan, bagaimana merancang dan memanfaatkan pengalaman yang lalu di medan ini.

9. Ketika berada di mana-mana marhalah, mad’u boleh dibantu dengan membekalkan mereka dengan buku-buku, risalah-risalah dan majalahmajalah. Ya Mereka diminta supaya bertanyakan perkara yang kesamaran untuk dijelaskan.

10. Mad’u yang berkemampuan dan didapati layak untuk melaksanakan tugas dakwah, maka dia boleh diminta supaya melakukan tugas tersebut, dijelaskan cara dan diikuti perkembangannya.

11. Keberkatan, taufiq dan penghasilan adalah berkadar dengan keikhlasan, kesungguhan, berlapang dada dan kesabaran.

12. Dakwah fardiah ini dapat dilaksanakan di dalam sebarang suasana dan keadaan, berbeza dengan dakwah am yang kadang-kadang menghadapi tekanan dan rintangan.

13. Dakwah fardiah istimewa kerana ia mewujudkan hubungan dan ikatan dengan mad’u. Ini berbeza dengan dakwah am seperti ceramah dan majlis ilmu kerana ia tidak melahirkan hubungan mesra secara langsung antara daie dan mad’u.

14. Dakwah fardiah memberikan pengalaman dan pelaksananya melakukan dakwah secara praktikal; dakwah yang merupakan kewajiban yang paling utama.

15. Dakwah fardiah membekalkan daie dengan hasil dan bekalan yang akan membantunya melaksanakan tugas dakwah dengan sebaik-baiknya.

16. Dakwah fardiah memberi kesempatan kepada mad’u untuk meminta penjelasan terhadap setiap kekeliruan dan mampu menghapuskan keraguan dan kesamaran di dalam dirinya. Ini akan menyempurnakan pembentukan peribadinya.

17. Berdasarkan kiraan secara congak, kita akan dapati hasil dakwah fardiah ini mampu mencapai angka yang berlipat ganda di dalam waktu yang singkat.


Sembang Mutiara Hikmah

I'm Proud To Be Muslim

Login Dapat Wang