Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Selamat Datang

Search@Dakwah

Custom Search

Bicara Hikmah Dari Pena Penulis

Assalamualaikum w.b.t

Salam Ukhuwah dan Salam Kasih Sayang Buat Semua…


SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN.

Sekian, Salam Ukhuwah

Wednesday, August 20, 2008

Akhlak Muslimah

Diingatkan Untuk Mengingatkan Kerana Manusia Untung Itu Seimbang Dunia Dan Akhirat

Penilaian Seorang Muslimah

Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk melihat dunia dan merasai nikmat Iman dan Islam. Rata-rata daripada kalangan kita mungkin terfikir soal ini, bukan semua yang bertudung itu baik dan tidak semestinya yang tidak bertudung itu jahat. Secara realitinya dan logiknya mungkin boleh diterima pendapat sedemikian kerana bukan tudung ukuran akhlak seseorang.

Masih ramai yang bertudung tetapi tidak menjaga tutur kata dan perlakuan yang mencemarkan pandangan positif terhadap orang lain yang bertudung. Mengapa ini berlaku? Masalah utama, keikhlasan kita menurut perintah Allah SWT yang satu ini. Sudah terang, nyata lagi bersuluh perintah menutup aurat dengan sempurna dalam Surah Al-Ahzab, ayat 59,

"Hendaklah mereka melabuhkan tudung ke seluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu."[Al-Ahzab:59]

Rasuluullah SAW bersabda:"Bahawa anak perempuan, apabila telah cukup umurnya,maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan kedua tapak tangannya hingga pergelangan."[HR Abu Daud]

Alhamdulillah, golongan ini telah berusaha melaksanakan perintah Allah ini, tetapi mungkin kurang menitikberatkan soal taqwa atau lebih mudah, secara batinnya. Kerana Allah berfirman,

"Wahai anak keturunan Adam, sesungguhnya kami menurunkan kepadamu pakaian untuk perhiasan.Dan pakaian Taqwa itu adalah yang paling baik."[Al-A'raf:26]

Alangkah moleknya jika kedua-dua kalam Allah ini dihadam dengan sebaik-baiknya. InsyaAllah tidak mungkin akan timbul masalah dalam soal peribadi Muslimah yang kadangkala tercalar kerana kurang prihatin soal hikmah perintah Allah. Saya mengingatkan diri saya dan anda semua. Sesungguhnya mulut saya yang bercakap, tangan saya yang menaip lebih hampir kepada telinga saya yang mendengar dan mata saya yang membaca. Saya ingin berkongsi sedikit pandangan daripada seorang ustaz berkenaan isu ini.


Cara berpakaian gambarkan peribadi muslimah

JANGAN menilai seseorang melalui penampilan luarannya saja. Alah... bukan semua yang pakai tudung itu hatinya baik. Lagipun, mana ada garis panduan atau fesyen khusus mengenai cara berpakaian untuk wanita Islam?

Pensyarah di Fakulti Bahasa al-Quran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mohd Zawawi Yusoh, berkata isu cara berpakaian wanita mengikut perspektif Islam sebenarnya sudah selesai.

Beliau berkata, jika isu itu dipertikaikan atau dibangkitkan, ia perlu melihat kepada motifnya sama ada ia dibincangkan dengan tujuan ingin tahu atau sekadar hendak memperlekehkan.

“Islam kata nak pakai apa pun, pakailah tetapi perlu menutup aurat. Perkara ini sudah selesai kerana ia jelas. Sekarang ini sama ada hendak ikut atau tidak.

“Jika yang bertanya bukan Islam, kita boleh terima kerana mereka tidak kenal Islam, maka mereka tidak tahu. Jika orang Islam sendiri yang mempersoalkannya, boleh jadi mereka kurang Islam,” katanya.

Mohd Zawawi berkata, keistimewaan Islam sebagai cara hidup menyediakan panduan kepada umatnya termasuk menggariskan etika berpakaian dan ini tidak dimiliki agama lain.

Katanya, Islam menyediakan adab yang sesuai merangkumi kehidupan harian seperti adab makan, cara berpakaian, bekerja, berniaga dan semua yang berkaitan dengan keperluan manusia.

Oleh itu katanya, dalam memperkatakan mengenai fesyen sesuai untuk wanita Islam, antara soalan yang perlu dijawab ketika memilih pakaian ialah tujuannya sama ada untuk menutup aurat atau ingin bergaya.

“Mempersoalkan isu aurat dan fesyen pakaian wanita Islam ini juga jangan ada maksud yang tersirat. Perjuangan itu perlu mengikut syariat kerana kita tidak mahu dijadikan alat untuk memanjangkan lidah orang kafir.

“Jangan nak perjuangkan hak wanita, pinjam idea Barat kerana Barat tidak pernah beri hak kepada wanita. Ikut cara Barat, mereka minta hak dari manusia. Hak wanita dalam Islam diberi oleh Allah,” katanya.

Beliau berkata, sebaiknya isu fesyen pakaian wanita Islam dijuruskan kepada perkara lebih besar dan memberi manfaat seperti mengambil peluang itu untuk membuka perniagaan berasaskan fesyen busana untuk Muslimah.

Katanya, Islam bukan saja menyuruh umatnya menutup aurat tetapi juga memikirkan cara bagaimana suruhan itu dapat dilaksanakan.

“Islam kata tutup aurat, mana bajunya. Kita fikirlah fesyen pakaian macam mana yang menutup aurat. Islam bukan suruh sediakan bajunya jika mampu, kuasai pasaran menyediakan pakaian menutup aurat.

“Itu sepatutnya yang kita fikirkan bukan mempersoalkan mana dia garis panduan fesyen wanita Islam. Lagi satu, martabatkan wanita yang menutup aurat. Ini tidak, wanita pakai tudung kita gambarkan suka mengumpat, buat fitnah,” katanya.


Semoga ada manfaatnya. InsyaAllah.
Wallahualam.

p/s: "Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pada hari Qiamat yang semisal, kemudian membakarnya dengan api neraka [Sunan Abu Daud: 4029. Di nilai hasan oleh al-Albani]

No comments:

Sembang Mutiara Hikmah

I'm Proud To Be Muslim

Login Dapat Wang