Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Selamat Datang

Search@Dakwah

Custom Search

Bicara Hikmah Dari Pena Penulis

Assalamualaikum w.b.t

Salam Ukhuwah dan Salam Kasih Sayang Buat Semua…


SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN.

Sekian, Salam Ukhuwah

Thursday, October 23, 2008

Dilema Perjuangan Islam - Isu Apa Sebenarnya?




Kita tidak akan berjaya dengan kepimpinan seperti yang ada hari ini. Saya tidak berpuas hati. Saya nak berundur“�, keluh seorang ahli gerakan Islam.


“Agenda kami adalah untuk mengekalkan perbezaan di antara kami dan kamu“�, tegas seorang ahli gerakan Islam yang lain.


“Ana tidak mahu terlibat dengan usrah seperti ini. Kenapa mesti Tauhid yang tiga ini? Di mana Sifat yang 20 itu? Silibus ini silibus Wahabi!”�, marah seorang lagi ahli sebuah gerakan Islam.


Hairan.


Selepas begitu lama berjuang dan begitu banyak idea dan teori dikupas, gerakan Islam hari ini masih tidak berganjak secara yang signifikan di dalam gerak kerja mereka. Malah sering pula kelihatan berundur atau memutar pusingan yang sama.



MASALAH ILMU?


Apakah gerakan Islam hari ini tidak cukup ILMU? Adakah persoalan hari ini merupakan persoalan ILMU?


Jika dahulu, mungkin. Penyertaan seseorang di dalam gerakan Islam adalah bermotifkan amal. Mereka mahu bekerja, dan melakukan sesuatu untuk membantu agama. Lantas generasi era itu tidak banyak bertanya. Mereka tidak begitu mementingkan TAHU terhadap ILMU sebanyak-banyaknya, kerana terbukti bahawa tahu banyak, tidak semestinya menghasilkan kerja dan sumbangan yang banyak.


Lantas di suatu ketika, gerakan Islam tidak kisah sangat jika ada pendukungnya yang tersilap memahami beberapa aspek nas. Jika ada ahli yang meletakkan maksud Wala’ pada konteks yang salah, atau memahami konsep Jamaatul Muslimin secara simplistik atau silap, ia bukanlah isu yang perlu diperbesarkan kerana yang semua itu hanya PROSES. Apa yang perlu diutamakan adalah OUTPUT, iaitu AMAL. Kerja! Selagi mana ahli gerakan Islam bekerja, maka maksud penglibatan mereka sudah tercapai.


Maka usaha pembetulan tasawur itu menjadi agenda perkaderan biasa. Sesekali pemimpin dan alim ulama yang sedar akan menegur. Tidaklah sampai jadi satu isu.


Apatah lagi untuk sebuah gerakan Islam yang membuka penyertaan kepada semua lapisan masyarakat. Ada profesor universiti, ada juga penarik beca dan si buta huruf. Semuanya berkumpul di dalam gerakan Islam ini untuk memberikan suasana yang realistik terhadap realiti masyarakat. Ia tidak mencipta realiti alternatif.


Tetapi kesan keterbukaan ini, susahlah hendak mendidik ahli dan pendukung. Ada ahli yang masuk ikut pintu politik, dan ada juga yang masuk ikut pintu Tarbiyah. Pemimpin gerakan Islam bekerja keras untuk memanfaatkan kesemua kategori ahlinya ke arah yang sama, bekerja untuk Islam. Tidak semua kerja gerakan Islam boleh dibuat oleh ‘orang Tarbiyah’. Selalu sahaja orang yang banyak ilmu, berat untuk memanjat tiang menggantung poster dan bendera. Dalam masa yang sama banyak juga kerja gerakan Islam tidak boleh dilakukan oleh ‘orang yang masuk ikut pintu politik’. Membahaskan polisi gerakan Islam, hala tuju dan muhasabah dari semasa ke semasa, memerlukan kepada ILMU yang mantap. Lantas keterbukaan gerakan Islam untuk menerima ahli daripada lapisan yang pelbagai, melengkapkan rumusan keahlian.



Generasi Mahu Tahu


Namun, zaman kurang memberikan perhatian kepada selok belok ILMU tentang PROSES, sudah berubah. Hari ini, generasinya mahu TAHU. Tahu sebanyak mungkin. Mereka mahu tahu semua perkara, sebelum mereka membuat keputusan untuk mendukung perjuangan Islam.



Ia suatu perkembangan yang baik.



Makin mahu tahu, makin tinggilah desakan untuk memperkemaskan aspek ILMU.


Faham-faham yang cincai tidak lagi boleh diangkat sebagai rukun komitmen yang pertama. Kena faham benda yang betul ini, betul-betul.



Ilmu Punca Masalah


Tetapi, tahu banyak, tidak menyelesaikan masalah gerakan Islam. Malah kelihatannya seperti tambah menyulitkan keadaan. Maklum sahaja, ILMU memang boleh membawa kepada kebaikan, tetapi ILMU juga punca manusia melampau dan hilang resmi padi.


Kerana pada masa mereka didatangi oleh Rasul-rasul yang diutus kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (untuk menyelamatkan mereka, mereka mengejek-ejeknya, dan) mereka bergembira dengan ILMU yang ada pada mereka; dan dengan yang demikian mereka pun diliputi oleh azab yang mereka ejek-ejek dahulu. [Surah Ghafir 40: 83]


Ilmu sepatutnya memudahkan manusia mencari kebaikan dan kebenaran. Tetapi terbukti ilmu juga pernah menjadi punca kesombongan manusia.


Untuk tetap istiqamah di jalan perjuangan, pendukung gerakan Islam sudah pun diberi ingatan.


Al-Sheikh Fadhl Hasan Abbas di dalam kitabnya Khumasiyyat Mukhtaarah fi Tahdzib al-Nafs al-Ammaarah telah menukilkan bahawa al-Hasan rahimahullah, telah berpesan:


“Sesungguhnya agama itu telah dijadikan Allah di antara DUA JANGAN iaitu “Janganlah kamu melampau” dan “Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim”�.


Pesan ini merujuk kepada firman Allah SWT yang mendefinisikan maksud Istiqamah iaitu:


Oleh itu, hendaklah Engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap bertistiqamah sebagaimana yang diperintahkan kepadaMu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang Penolong pun yang lain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. [Huud 11: 112-113]



Ketika berjuang untuk Islam, jangan melampau!


Terbukti golongan pelampau inilah yang kemudiannya gugur. Mereka yang dahulunya berminat dengan perbuatan kutuk mengutuk hingga ke tahap kafir mengkafir, membenci subjek kebencian secara berlebihan, hingga mengheret hawa nafsu dalam ‘perjuangannya’, mereka ini jatuh sendiri kerana mereka lupa bahawa agama yang diperjuangkannya itu, dijadikan Allah di antara ‘dua jangan’!


Dan salah satu punca kepada sikap melampau itu adalah ILMU, selain harta [Al-'Alaq 96: 6-7] dan kekuatan / kuasa [Fussilat 41: 15]


Apabila seseorang itu melampau di dalam perjuangannya, dia terjebak pula kepada JANGAN yang kedua. Jika dahulu dia melampau-lampau dalam menegur dan menentang pemerintah yang dikecam zalim, pelampau ini pula yang melompat dan menjadikan dirinya sebahagian daripada manusia zalim itu tadi.


Sufyan al-Thauri rahimahullah pernah ditanya oleh seorang lelaki. Katanya, “aku menjahit pakaian untuk si zalim itu, apakah aku termasuk di dalam golongan yang cenderung kepada kumpulan manusia zalim itu?” Sufyan menjawab, “Tidak, bahkan engkau sendiri adalah termasuk di dalam golongan yang zalim. Orang yang cenderung kepada golongan yang zalim itu adalah mereka yang menjual jarum kepadamu agar engkau boleh menjahit. Mereka itulah golongan yang cenderung kepada kaum zalimin!”[Khumasiyyat Mukhtaarah fi Tahdzib al-Nafs al-Ammaarah, muka surat 155]


Nyata sekali, masalah utama gerakan Islam bukanlah pada ILMU kerana hari ini kita semakin TAHU dengan ILMU itu.


Malah lebih ironi, pengetahuan yang semakin bertambah itu, tidak menjadikan hasil kerja semakin bertambah. Kita memang tidak bertindak berasaskan apa yang kita TAHU, sebaliknya digerakkan oleh apa yang kita MAHU. Maka ilmu yang memberitahu semata-mata, tidak membantu gerakan Islam!



MASALAH KEMAHIRAN?


Jika ILMU bukan masalah utama gerakan Islam, maka bagaimana pula dengan kemahiran?


Ada gerakan Islam yang mahu mengekalkan method dakwah secara manual dan konservatif. Dakwah hanya dengan lisan, mengetuk pintu rumah ke rumah, seperti perlakuan dakwah di zaman Nabi s.a.w. Mereka ada justifikasinya yang tersendiri.


Manakala gerakan Islam yang lebih anjal, mencuba segala teknik dakwah dan menggarap sekalian kemahiran yang ada untuk menjayakan perjuangan Islam. Dari era penguasaan teknik menggunakan mesin taip, hinggalah kepada memanfaatkan teknologi ICT hari ini, gerakan Islam terus maju setapak demi setapak, malah menggusarkan saingan gerakan Islam yang lebih berminat untuk menyekat air seperti dinding empangan.


Pemerintah menggunakan segala akta, sedangkan maklumat dan ilmu terus percuma dan melanggar sekatan di era ledakan teknologi maklumat hari ini.


Kemahiran apakah yang tiada pada sebuah gerakan Islam? Segala macam kemahiran sudah diperolehi sama ada melalui pembelajaran, atau pun melalui penyertaan tenaga mahir itu sendiri ke dalam saf gerakan Islam.


Tetapi adakah kemahiran itu sudah menganjak gerakan Islam ke suatu peningkatan yang signifikan?



Kemahiran Syarat Kesempurnaan Taqwa


Kemahiran memang bukan persoalan yang kecil. Tatkala kumpulan pertama Islam cuba menundukkan Constantinople pada tahun 44H, mereka ada segala nilai Taqwa kerana Abu Ayyub al-Ansari dan Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhum adalah generasi yang dididik sendiri oleh tangan Nabi s.a.w. Atas janji Rasulullah s.a.w terhadap pembebasan Constantinople, mereka pergi dengan keyakinan itu.


Tetapi mereka gagal. Salah satu faktornya berkait rapat dengan soal kemahiran. Mereka tidak mempunyai maklumat kajian yang cukup tentang kekuatan sebenar Constantinople. Mereka tidak biasa berperang di kawasan yang dikelilingi laut seperti Constantinople dan mereka tidak tahu teknik peperangan apakah yang menjadi pegangan kota yang mahu ditundukkan itu.




Mereka gagal.


Memperlengkapkan diri dengan ILMU dan MAKLUMAT adalah sebahagian tuntutan SUNNATULLAH.


Satu demi satu usaha dilakukan. Setiap kegagalan pertama menjadi teladan usaha berikutnya. Akhirnya kejayaan dicapai oleh insan biasa yang luar biasa, 800 tahun selepas era Nubuwwah, apabila Constantinople kecundang di tangan Sultan Othmaniyyah, Muhammad al-Fatih pada tahun 857H (1453M) dan tenteranya.


Gabungan komitmen mereka terhadap SYARIATULLAH dan SUNNATULLAH, telah melayakkan mereka untuk membuat anjakan dunia dengan pembukaan kota Istanbul, hari itu.


Keperluan bagi sebuah gerakan Islam untuk memperlengkapkan diri dengan ILMU dan KEMAHIRAN memang tidak boleh dinafikan.



Masih Belum Mahirkah Gerakan Islam Hari Ini?


Namun, kemahiran apakah lagi yang belum ada pada sebuah gerakan Islam? Kemahiran hari ini sudah mencecah tahap yang jauh terkehadapan berbanding dengan 50 tahun yang lalu.


Namun, sudahkah kemahiran itu menyumbang kepada peningkatan kualiti persembahan gerakan Islam secara yang signifikan?



Masih banyak persoalan yang timbul di sekitar isu ini.


Jika ilmu bukan isu utama, jika kemahiran bukan masalah pertama, maka isu apakah yang menyumbang kepada kelesuan gerakan Islam hari ini? Isu apakah yang menjadikan gerakan Islam terperosok ke dalam lubang kesilapan yang sama?



Jawapannya boleh dicari melalui persoalan-persoalan ini:


1. Apakah yang menjadi halangan kepada dua gerakan Islam untuk saling bekerjasama mencapai matlamat yang sama? Ilmu, kemahiran atau sikap?

2. Apakah yang menjadi punca kepada ketidaksefahaman di antara sesama ahli gerakan Islam sehinga satu demi satu agenda perjuangan mati oleh perpecahan dalaman? Ilmu, kemahiran atau sikap?


3. Apakah yang menjadi punca kepada satu demi satu ahli gerakan Islam bertindak secara reaktif, menterjemahkan rasa tidak puas hatinya bukan kepada menawarkan penyelesaian, tetapi pergi kepada membuka satu demi satu kelompok serpihan yang baru? Ilmu, kemahiran atau sikap?


4. Apakah yang menjadi punca kepada gerakan Islam gagal mentadbir kemenangan dan gagal juga menghadapi kekalahan secara yang positif? Ilmu, kemahiran atau sikap?


5. Apakah punca, gerakan Islam yang sepatutnya bekerja untuk mengumpulkan manusia dan menjana mereka untuk bekerja demi Islam, masih terjebak ke dalam irama pertelingkahan manhaj, yang sudah berkali-kali merugikan masa dan tenaga Islam, sehingga gerakan Islam itu sendiri menaja perpecahan umat atau mereka sendiri turut berpecah? Ilmu, kemahiran atau sikap?


6. Apakah punca kepada gerakan Islam hingga lebih berminat untuk mengekalkan perbezaan, berbanding dengan penyelesaian?


7. Apakah punca yang menjadikan seorang yang berILMU dan berKEMAHIRAN tinggi, boleh bertindak dan bercakap seperti orang tidak berILMU dan berKEMAHIRAN rendah? Ilmu, kemahiran atau sikap?



Persoalan ini masih panjang, sepanjang sejarah gerakan Islam itu sendiri.


Oleh kerana saya benar-benar khuatir dalam mencari jawapan kepada persoalan-persoalan itu tadi, saya cuba mengalihkan percakapan dan penulisan saya daripada soal menambah ILMU dan MAKLUMAT, kepada pembetulan SIKAP.


Amat malu bagi pendukung agenda sebesar AGENDA ISLAM, kalah oleh persoalan SIKAP yang terlalu asas dan mudah.


Betulkan SIKAP, ia MUQADDIMAH AGAMA dan PERJUANGAN.



P/S: Post ini ana perolehi daripada blog sahabat ana.....
Sekiranya antum ingin membaca posting yang asal sila klik di sini

Tuesday, October 14, 2008

Pena Penulis

Assalamualaiku w.b.t

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan di atas nikmat iman dan Islam yang diberikan dan kita dapat lagi menyambung kontrak kehidupan kita dengan Pencipta Yang Agung, Allah S.W.T. Selawat dan salam ke atas junjungan beasr kita Nabi Muhammad S.A.W. Moga-moga kita tergolong di antara mereka yang beriman.


Pertama sekali ana mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa blog ni. Setelah hampir setahun kita menjalani kehidupan setelah berlalunya Ramadhan 1428H, maka sekali lagi kita memasuki gerbang keberkatan iaitu bulan bulan Ramadhan 1429H.


Di sini, ana bukannya untuk menunjukkan yang ada pada diri ana, tetapi ana ingin berkongsi sedikit sebanyak apa yang ana lalui dalam kehidupan ana di samping ana melalukan usaha ke atas iman dan amal ana sendiri serta usaha ana untuk menjalankan tanggungjawab ana sebagai muslim. Dan juga ana mengharapkan nasihat dan pandangan daripada sahabat-sahabat yang sudi membantu ana dalam konsep dakwah.

Ramadhan kali ini, ana cuba ingin berkongsi sedikit sebanyak macam mana kehidupan ana dalam mengharungi lembaran kesukaran pada zaman ini. Seperti yang kita sedia maklum, kita sebenarnya sebaik-baik kejadian yang Allah sunnahkan. Tetapi macam mana penghayatan kita itu ke atas nikmat itu adalah menjadi pengukur kepada iman kita.

Kalau kita lihat dalam dalam bahasa arab, kufur yang berasal daripada kafara atau secara bahasanya bermaksud tutup, dinding, dan terlindung. Dari konsep inilah ana cuba bawakan macam mana realiti kehidupan kita sekarang.

Sesungguhnya kita telah mengetahui bahawa setiap orang itu tidak dilahirkan, melainkan dalam fitrah Islam dan setiap anggota tubuh kita tidak bekerja melainkan sesuaindegan fitrah Islam. Tetapi semua ini terlingkup oleh hijab kejahilan dan kejahatan yang menutupi, sehingga terluputlah dari pandangannya fitrah dunia dan fitrah kita sendiri.


Kalau kita lihat pada abad ini tidak ramai di kalangan kita yang bergelar muslim dapat menghayati apa sebenarnya realiti muslim itu sendiri. Kehidupan kita banyak disogokkan dengan pengzahiran dunia semata-mata. Padahal untuk menerapkan Islam dalam kehidupan seharian adalah cukup mudah. Ini kerana kita sudah pun mempunyai fitrah Islam dari awal, bahkan dari alam roh lagi kita sudah mempunyai fitrah itu.


Di sini ana cuba bawakan satu ideologi kehidupan sebagai seorang pelajar. Bagi ana, ana cukup jelas kerana ana juga merupakan individu yang masih belajar. Kejelasan ana bukannya untuk menyatakan bahawa ana ini sudah cukup hebat dan terpelihara dari maksiat. Ana juga manusia biasa. Kalau nak diikiutkan ana bukannya mendapat pendidikan yang formal dalam pendidikan Islam dan arif dalam bab-bab agama. Tetapi sekadar perkongsian ana terhadap apa yang ana lalui sepanjang ana berada di level universiti ana ingin berkongis dengan sahabat-sahabat ana.


Sekarang, ana merupakan pelajar tahun 2 disalah sebuah universiti tempatan. Sudah setahun lebih ana menjalani kehidupan sebagai pelajar universiti dan sekarang ana berada di semesta ketiga. Alhamdulillah, ana cukup bersyukur dengan apa yang ana perolehi sekarang. Flow kehidupan ana dari sem 1, sem2 dan sehingga sekarang sem3 cukup berbeza. Dan jauh berbeza sebelum ana memasuki alam universiti. Di alam universiti ni, cukup-cukup menguji ana. Di awal sem1, ana masih lagi terbawak-bawak cara kehidupan sebelum ana masuk universiti. Bahkan ana cukup sedih dah kesal kalau mengingati kembali di atas kejahilan ana dalam mengharungi kehidupan ana pada masa itu. Segala-gala yang ana lalui tidak membawa makna apa-apa melainkan hanya untuk meneruskan kehidupan sahaja tanpa adanya pembawakan konsep kemantapan iman dalam diri.


Sebelum ini ana rasa, ana sudah cukup baik kerana tidak tidak berzina,berjudi atau melakukan dosa-dosa besar yang jelas pengharamannya atau pun hisap rokok, ambil dadah, tidak bercouple, tidak mencuri, tidak merompak dan sebagainya yang ana sedari dan dapat menjauhkan diri ana dari unsur-unsur tersebut. Di sini ana nak ceritakan bahawa kita menerima Islam bukan hanya sekadar dapat mengawal diri dari melakukan dosa sahaja. Bukan sekadar bebas dari undang-undang yang dibuat oleh manusia atau mengikuti perlembangan dunia semata-mata, kalau kita bebas daripada kekangan ini, alhamdulullah dan sudah cukup baik. Tetapi alangkah lebih elok kiranya kita melakukan setiap pekerjaan itu berdasarkan tujuan asal kita berada di muka bumi ini iaitu tujuan ke arah fitrah kita yang sebenar yakni tetapi kita kena melakukan satu usaha peningkatan ke atas iman kita. Usaha untuk menjadikan kita terdiri daripada golongan yang mendapat keredhaan Allah S.W.T.


Persoalan yang ana ingin terangkan di sini adalah adakah kita sekarang ini muslim? Kalau kita muslim, apa buktinya? Apayang menjadikan kita muslim? Dan apa yang kita lakukan kalau kita ini seorang muslim? Bagi ana, persoalan-persoalan ini perlu kita persoalkan pada diri kita sendiri untuk menyedarkan diri kita untuk melakukan usaha ke atas iman. Kalau kita sebagai seorang pelajar, adakah kita ini berlajar semata-mata untuk mendapat result yang bagus, mendapat pekerjaan yang bagus selepas habis belajar atau kita ini sekadar belaja sebab kelaziman kehidupan sekarang yang membudayakan setiap orang itu mesti belajar di darjah satu pada umur 7 tahun, ambil UPSR masa darjah 6, ambil PMR masa di tingkatan 3 dan SPM, STPM dan seterusnya, kemudian masuk universiti mengikut kitarannya. Sehinggalah kita ke alam rumah tangga, ada anak dan anak kita pula menyambung kitaran tersebut. Hakikatnya, adakah itu kehidupan yang cukup selesa bagi kita sebagai seorang muslim. Kalau itulah hendaknya, maka apa yang kita lalui adalah sia-sia sahaja.


Situasi 1:

Pada pemerhatian ana, ana cukup sedih dengan apa yang berlaku di sekeliling ana sekarang. Ana lihat ramai kawan-kawan ana study bermati-matian siang malam. Kemudian study sampai ke pagi, sanggup bersengkang mata untuk mengulang kaji pelajaran. Ramai di antara kawan-kawan ana suka stay over night for study. Sebelum study ada yang tidur awal dan ada yang direct study dari awal study dan sehinggalah ke subuh. Di sebabkan tension time study, mereka berhenti sekejap. Kemudian main game, lepas main game sambung study balik. Ada yang mendengar lagu, pasal volume macam nak gegar satu dunia sebab tak nak bagi mengantuk dan untuk mengalak daripada tension waktu study. Ini adalah apa yang berlaku di sekeliling ana. Walau bagaimana pun bagi ana keadaa ini tiada masalah secara kasarnya. Tetapi cuba kita fikir secara halus dan telus keadaan ini.... Adakah ini garisan kehidupan kita secara fitrahnya. Ana tidak mengatakan keadaan ini tak elok kemudian berdepan dengan kawan-kawan ana itu dan menyuruh mereka hentikan keadaan ini. Setiap orang ada pilihan mereka sendiri dan bebas memilih suasa mengikut kehendak masing-masing.


Situasi 2:

Alangkan indahnya kalau kita hiasi malam kita dengan suatu pekerjaan yang dapat mendekatkan diri kita dengan Allah S.W.T. Ana bukannya bermaksud untuk menyatakan mengulang kaji pelajaran sehingga larut malam itu suatu yang tidak elok. Bagi ana sendiri pun, ana lebih suka mengulang kaji pelajaran pada waktu malam kerana pada waktu ini lebih tenang dan sesuai untuk belajar. Tetapi, ana cuba bawakan di sini ialah, di samping kita stay over night for study alangkan eloknya kita manfaatkan waktu itu dengan sebaiknya. Kita cuba ambil masa sekejap untuk bersama dengan iman kita. Sebelum kita mula study waktu malam kita ambil masa untuk tidur sekejap kemudian bangun balik untuk sambung study. Tapi, sebelum kita study kita lapangkan seketika untuk solat sunat hajat, tahajud atau membaca Al-Quran beberapa ayat sebelum memulakan ulang kaji pelajaran. Sekurang-kurangnya kita tidak mensia-siakan malam kita dengan begitu sahaja.


Jadi, dengan sedikit perkongsian ini ana berharap sempena bulan Ramadhan ini marilah kita bersama-sama muhasabah diri, cuba renung-renungkan dan ambil ikhtibar daripada realiti kehidupan yang berlaku sekeliling kita dan marilah kita bersama-sama untuk turut serta dalam pesta yang terdapat pada bulan ini. Pesta itu adalah Pesta Ibadah. Oklah, ana rasa cukup senang sekiranya melihat kawan-kawan ana berada dalam kelompok yang berebut-rebut dalam melakukan pekerjaan di jalan kebaikan. Apa yang ana harapkan dari sahabat adalah nasihat dan teguran daripada mereka. Sahabat yang baik, adalah sahabat yang dapat membantu temannya yang berada dalam kesusahan dan sentiasa menasihati sahabat dikala mereka melakukan kesilapan. Kalau kita tidak menegur kesilapan mereka, siapa lagi yang akan menegur mereka.


Dengan itu, ana rasa setakat ini sajalah yang dapat ana tulis pada kali ini. Segala yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu juga datangnya daripada-Nya, tetapi atas asbab kejahilan ana, ana tidak dapat melakukankan dengan baik. Di harap kepada pembaca-pembaca blog ana ini dapat memberikan sebarang komen dan pendapat untuk tujuan ana meningkatkan lagipenyampaian blog ini.


Wallahu’alam

Sekian Terima Kasih

(WanFeroAziq)

Saturday, October 11, 2008

Download Ceramah/Kuliah Agama Format Mp3

All audio files are compiled in Mp3 format so that you can easily download them directly to your Mp3 players

Instructions on downloading: To download the files, move the mouse cursor to the hyperlink and right-click on your mouse. A small screen will appear with some options for you to choose.

If you're using Internet Explorer or MSN Explorer browsers, choose "Save Target As". Then you will be prompted to save the audio file to a location on your hard drive.

If you're using Mozilla Firefox & Google Chrome browser, choose "Save Link As".

If you're using Netscape Navigator browser, choose "Save Link Target As".

If you're using Opera browser, choose "Save Linked Content As".


Diharap dengan sumber-sumber ceramah yang anna sediakan ini dapan membantu atum semua dalam menjalani kehidupan ini dengan suasana yang hidup dengan bicara-bicara dan suasana Islamik disamping antum semua menambahkan pengatahuan dan memantapkan diri dalam Islam.

1) Penceramah : Ustaz Abdul Jalil Bin Abdul Razak

Tajuk Ceramah : Hukum Tawassul Dalam Islam

Penceramah : Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

Tajuk Ceramah :

1. Rahsia Ketenangan Jiwa (Bhg 1)

2. Rahsia Ketenangan Jiwa (Bhg 2)

3. Rahsia Ketenangan Jiwa (Bhg 3)

4. Rahsia Ketenangan Jiwa (Bhg 4)

5. Menangis Kerana Takut

6. Rumahku Syurgaku, Anakku Cahaya Mataku

7. Isteri Pengasih Suami Penyayang

8. 11 Tips Untuk Memupuk Kasih Sayang

9. Pengisian Ramadhan (Bhg 1)

10. Pengisian Ramadhan (Bhg 2)

11. Ujian dan Mushibah - Pengertian dan Hikmah

12. Kemanisan Ibadah

2) Penceramah : Ustaz Dato' Abu Hassan Bin Din

Tajuk Ceramah :

1. Fenomena Sains Menurut Al-Quran – NEW

2. Syurga Di Luar Rumah... Damaikah?

3. Dari Mana Hendak Ke Mana?

Kupasan mengenai alam-alam yang kita telah dan akan tempuhi, yakni alam azali, alam rahim, alam dunia, alam barzakh (kubur) dan alam akhirat.

3) Penceramah : Ustaz Ali Bin Mohamed

Tajuk Ceramah : Membentuk Jiwa Yang Diundang Allah s.w.t

4) Penceramah : Ustazah Siti Rahmah Abdul Hamid

Tajuk Ceramah : Akhlak Wanita Islam

5) Penceramah : Ustaz Azmi Bin Abdul Samad

Tajuk Ceramah : Konsep Dharurat Dalam Islam

6) Penceramah : Ustaz Mohd Fatris Bin Bakaram

Tajuk Ceramah :

1. Ciri-ciri Ahli Syurga & Ahli Neraka

2. Mensyukuri Nikmat Allah s.w.t

3. Sejarah Bagaimana Islam Sampai Ke Singapura

4. Penghayatan Ibadah Korban

5. Semarak Ilmu, Semangat Padu: Mencari Permata Yang Hilang

6. Pengenalan Pada Ilmu Ulumul Quran

7) Penceramah : Ustaz Firdaus Bin Yahya

Tajuk Ceramah :

1. Kewujudan Makhluk Angkasa Lepas. Apakah pandangan Islam mengenainya?

2. Meniti Usia Senja Berpandukan Islam

3. Demi Masa

4. Pembahagian Harta Pusaka Mengikut Islam Tidak Adil?

5. Pendaratan Kapal Angkasa Di Planet Marikh. Di Manakah Umat Islam?

6. Langit: Ciptaan Allah Yang Kita Tidak Manfaatkan

7. Langit: Ciptaan Allah Yang Kita Tidak Manfaatkan

8. Haiwan Raksaksa Dinasour: Apakah Pandangan Islam Tentang Kewujudan Binatang Purba Ini

9. Gerhana Di Bulan Ramadhan, Apa Implikasinya

10. Tafsir Surah Al-'Ala (Ayat Kedua) dan Kisah Seorang Sahabat Yang Dijamin Masuk Syurga

11. Pengenalan Pada Mu'jizat Al-Quran

12. Kuliah Tafsir Al-Quran (Bulan April 06)

8) Penceramah : Ustaz Mohd Ghouse Khan Suratte

Tajuk Ceramah :

1. Alam Azali Dalam Penghidupan Duniawi

2. Budi Pekerti Rasulullah s.a.w Sebagai Asbab (Sebab) Hidayah


9)
Penceramah : Ustaz Haron Hassan Akhtar
Tajuk Ceramah :
Cahaya Di Hujung Pelangi


10)
Penceramah : Ustaz Mohd Hannan Bin Hassan
Tajuk Ceramah :
Cara Menghidupkan Suasana Madrasah Di Sekolah Nasional


11)
Penceramah : Ustaz Mohd Hasbi Bin Hassan
Tajuk Ceramah :
Bulan Ramadhan Bulan Berjihad (Ibadah)

12) Penceramah : Ustaz Dato' Ismail Kamus

Tajuk Ceramah : Falsafah & Hikmah Asbabin Nuzul (Sebab-sebab Turunnya) Al- Quran

13) Penceramah : Ustaz Jalaluddin Bin Hassan

Tajuk Ceramah : Selagi Ada Waktu... & Rahmat Allah Di Mana-mana

14) Penceramah : Ustaz Jamaluddin Bin Abdul Wahab

Tajuk Ceramah : Kiamat Kecil - Peringatan Kepada Si Kerdil

15) Penceramah : Ustaz Jazair Bin Jummat

Tajuk Ceramah : Islamkah Anda?

16) Penceramah : Ustaz Prof. Dr. Jumadi Bin Mustar

Tajuk Ceramah :

Nota: Pada asalnya, siri kursus perubatan di bawah ini mempunyai 20 sesi. Namun, anna tidak berkesempatan untuk merakamkan dari wal, hanya dapat rakam dari sesi ke 8 hingga ke 20. Anna juga belum sempat untuk meletakkan tajuk-tajuk kursus bagi setiap sesi. Namun anda bolehlah mendengarnya supaya dapat mengambil seberapa manfaat dari kursus tersebut.Kursus dijalankan di Masjid Alkaff Kampong Melayu, Singapura (Tahun 2004).

1. Siri Kursus Perubatan Menerusi Al-Quran & Sunnah (Bhg 8)

2. Siri Kursus Perubatan Menerusi Al-Quran & Sunnah (Bhg 9)

3. Siri Kursus Perubatan Menerusi Al-Quran & Sunnah (Bhg 10)

4. Siri Kursus Perubatan Menerusi Al-Quran & Sunnah (Bhg 11)

5. Siri Kursus Perubatan Menerusi Al-Quran & Sunnah (Bhg 12)

6. Siri Kursus Perubatan Menerusi Al-Quran & Sunnah (Bhg 13)

7. Siri Kursus Perubatan Menerusi Al-Quran & Sunnah (Bhg 14)

8. Siri Kursus Perubatan Menerusi Al-Quran & Sunnah (Bhg 15)

9. Siri Kursus Perubatan Menerusi Al-Quran & Sunnah (Bhg 16)

10. Siri Kursus Perubatan Menerusi Al-Quran & Sunnah (Bhg 17)

11. Siri Kursus Perubatan Menerusi Al-Quran & Sunnah (Bhg 18)

12. Siri Kursus Perubatan Menerusi Al-Quran & Sunnah (Bhg 19)

13. Siri Kursus Perubatan Menerusi Al-Quran & Sunnah (Bhg 20)

14. Siri Kursus Perubatan - Kupasan Mengenai Penyakit-penyakit Yang Berkaitan Dengan Gangguan Makhluk Halus

15. Perubatan - Halal dan Haram di Dalam Islam

16. Ciri-ciri Seseorang Yang Terkena Ilmu Sihir

17. Seminar: Cara-cara Memagar Diri & Rumah Dari Ganguan Syaitan & Jin (Bhg 1)

18. Seminar: Cara-cara Memagar Diri & Rumah Dari Ganguan Syaitan & Jin (Bhg 2)

19. Ilmu Hitam, Pengasih: Peruntuh Rumahtangga

20. Seminar: Kupasan Mengenai Ilmu Pengasih (Bhg 1)

21. Seminar: Kupasan Mengenai Ilmu Pengasih (Bhg 2)

22. Seminar: Kupasan Mengenai Ilmu Pengasih (Bhg 3)

23. Sesi Soal Jawab Mengenai Makhluk Halus 1

24. Sesi Soal Jawab Mengenai Makhluk Halus 2

25. Pengenalan Pada Alam Jin

26. Gangguan Emosi Menurut Perspektif Islam

27. Rahmat Di Sebalik Dugaan

Tajuk Ceramah :

1. Kursus Aqidah Islam - Akhlak Islam (Bhg 01)

2. Kursus Aqidah Islam - Akhlak Islam (Bhg 02)

3. Kursus Aqidah Islam - Akhlak Islam (Bhg 03)

4. Kursus Aqidah Islam - Akhlak Islam (Bhg 04)

5. Kursus Aqidah Islam - Akhlak Islam (Bhg 05)

6. Kursus Aqidah Islam - Akhlak Islam (Bhg 06)

7. Kursus Aqidah Islam - Akhlak Islam (Bhg 07)

8. Kursus Aqidah Islam - Akhlak Islam (Bhg 08)

17) Penceramah : Ustaz Kamaruzaman Bin Afandi

Tajuk Ceramah :

1. Perpecahan Ummah Pada 73 Puak - Bagaimana dan Siapakah Mereka?

2. Lunak Dengan Allah, Akrab Sesama Insan

3. Al-Quran: Pentunjuk Keluarga Bahagia

18) Penceramah : Ustaz Masbur Bin Ahmat

Tajuk Ceramah : Perbezaan Antara Budaya Islam, Arab dan Melayu

19) Penceramah : Ustaz Mohd Murat Bin Aris

Tajuk Ceramah : Bagaimana Beriman Dengan Qadha' Dan Qadar

20) Penceramah : Ustaz Nazirudin Bin Nasir

Tajuk Ceramah :

1. Riba dan Rasuah - Apakah Ciri-cirinya?

2. Cabaran Kehidupan Di Zaman Metropolitan

21) Penceramah : Ustaz Sallim Bin Jasman

Tajuk Ceramah :

1. Ada Udang Di Sebalik Batu - NEW

2. Rahmat Allah dan Penghidupan

22) Penceramah : Ustaz Saripi Rawi

Tajuk Ceramah :

1. Siapa Yang Kenal Dirinya, Nescaya Akan Mengenali Tuhannya

2. Masihkah Ada Peluang Untuk Menjadi Wali Allah?

23) Penceramah : Ustaz Tengku Mohd Fauzy Jumat

Tajuk Ceramah : Jiwanya Diisi Dengan Iman, Mindanya Diisi Dengan Ilmu, Hidupnya Diisi Dengan Amal

24) Penceramah : Dato' Dr. Fadzilah Kamsah

Tajuk Ceramah : Perbezaan Antara Lelaki & Kaum Wanita (Bhg 12)

SIRI RAKAMAN FORUM:

25) Tajuk Ceramah : Di Mana Kan Ku Cari Ganti

Penceramah :

1. Ustaz Shabudin Yahya

2. Ustaz Dato' Nooh Gadut

3. Ustazah Dr. Syarifah Hayati Syed Ismail

26) Tajuk Ceramah : Akhlak Mulia Keluarga Bahagia

Penceramah :

1. Ustaz Jalaluddin Hassan

2. Ustaz Ahmad Dahri

3. Ustaz Firdaus Yahya

27) Tajuk Ceramah : Cermin Diri

Penceramah :

1. Ustazah Dato' Dr. Mashitah Ibrahim

2. Ustaz Dr. Khairul Azmi

3. Ustaz Jalaluddin Hassan

28) Tajuk Ceramah : Pembinaan Keluarga Sakinah

Penceramah :

1. Ustaz Mohd Fatris Bakaram

2. Ustaz Dato' Ismail Kamus

3. Ustaz Noor Razak Firdaus Yahya

29) Tajuk Ceramah : Masjid Wasilah Bertaqarrub Kepada Allah

Penceramah :

1. Ustaz Mohd Fatris Bakaram

2. Ustazah Dato' Dr. Mashitah Ibrahim

3. Ustaz Noor Razak Noor Razak

Siri Al-Kuliyyah (TV3) - Malaysia (To view video lectures from Al-Kuliyyah

30) Tajuk Ceramah : Keber - (Menceritakan hal orang lain)

Penceramah :

1. Ustaz Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz

2. Ustaz Wan Shohor Bani Leman Noor Razak Noor Razak

31) Tajuk Ceramah : Laluan Syaitan

Penceramah :

1. Ustaz Roslan Muhammad

2. Ustaz Ahmad Shukri Yusoff

32) Tajuk Ceramah : Kalis Sogok - (Mengenai Rasuah)

Penceramah :

1. Ustaz Kol. Jamil Khir Baharom

2. Ustaz Zawawi Yusoh

33) Tajuk Ceramah : Dua Tanah Haram

Penceramah :

1. Ustaz Fauzi Zakaria

2. Ustaz Bashir Abdul Rahman

34) Tajuk Ceramah : Demokrasi Lebah

Penceramah :

1. Ustaz Prof. Dr. Yusof Othman

2. Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

35) Tajuk Ceramah : Tindik Pusat

Penceramah :

1. Ustaz Kol. Jamil Khir Baharom

2. Ustaz Wan Shohor Bani Leman

36) Tajuk Ceramah : Celik Nafsu

Penceramah :

1. Dr. Harlina Harliza Hj. Siraj

2. Ustaz Wan Shohor Bani Leman


37) Tajuk Ceramah : Anak Rintik

Penceramah :

1. Ustaz WAn Shohor Bani Leman. Harlina Harliza Hj. Siraj

2. Tuan Hj. Hushim Salleh


38) Tajuk Ceramah : Air Mata Ibu

Penceramah :

1. Ustaz Zawawi Yusoh

2. Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood


39) Tajuk Ceramah : Kun 'Aliman (Jadilah Orang Alim)

Penceramah :

1. Ustaz Dr. Zulkifli Muhammad Al-Bakri

2. Ustaz Kol. Jamil Khir Baharom


40) Tajuk Ceramah : Cari Makan

Penceramah :

1. Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid

2. Ustaz Siti Nor Bahyah Mahmood

Sembang Mutiara Hikmah

I'm Proud To Be Muslim

Login Dapat Wang